Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Sepanjang enam tahun mengemudi kerajaan bermula 31 Okt 2003, Abdullah antara lain menggariskan lima teras di bawah pentadbirannya iaitu Misi Nasional, Pelan Integriti Nasional, Pembangunan Koridor Ekonomi, Pembangunan Modal Insan serta konsep Islam Hadhari.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera anda. Bersama saya Nur Syazwani Safusham untuk jam ini yang mana kami akan terus membawakan perkembangan dalam berkini awal ini khas mengenang Tuan Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri ke-5 Malaysia dan lepas ini kami akan terus membawakan laporan komprehensif perjalanan akhir Tuan Abdullah Ahmad Badawi sepanjang hari ini yang mana kita tahu semalam pengumuman yang mendukakan, yang turut menggemparkan
00:30negara apabila Tuan Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara semalam dan perkara itu disahkan oleh menantunya sendiri, Khairi Jamaluddin dalam hantaran ursi laman sosial yang memaklumkan Allahyarham yang juga dikenali ataupun lebih mesra dengan panggilan Pak Lah telah pun mengembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam semalam dan pastinya kami turut berduka dengan
00:58perkabaran ini dan kami terus membawakan perkembangan perjalanan akhir berkaitan dengan pemergian Tuan Abdullah Ahmad Badawi dan bukan sahaja kami bersiaran secara langsung di saluran 501 tapi juga di platform media sosial begitu juga artikel-artikel yang kami kongsikan di platform digital kami
01:19astroawani.com sejak malam tadi sejurus lepas kami menerima perkabaran duka ini dan ini antara artikel yang telah pun kami rangkumkan dan kami falkan di astroawani.com berkaitan dengan pemergian Pak Lah dan ini antara perkara yang anda boleh baca di astroawani.com kalau kita boleh paparkan di skrin
01:42kami bawakan suara-suara ataupun analisis berkaitan dengan pentadbiran dan juga bagaimana sosok kepimpinan ini mentadbir negara pada waktu itu
01:56rata-rata menyatakan Allahyarham merupakan pemimpin berendah diri yang tidak suka menceritakan perkara-perkara yang buruk dan pada masa sama tahap kepimpinannya
02:07dan juga wawasan Pak Lah meninggalkan impak yang sangat tinggi buat pentadbiran negara
02:12beliau juga Allahyarham juga banyak bawa perkembangan positif di negeri kelahirannya sendiri di Pulau Pinang dan juga banyaklah cerita-cerita sumbangan Pak Lah kepada IPT
02:25kepada ekonomi dan juga perkara-perkara lain terutamanya dari sudut politik itu sendiri dan kami akan terus bawakan perkembangan ini dari semasa ke semasa
02:37dan kita tahu juga Perdana Menteri kelima
02:42Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia semalam adalah figura penting yang banyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan di negara ini
02:51sehingga dinobat sebagai bapa pembangunan modal insan
02:56oleh Raham yang berusia 85 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir merupakan pelopor kepada satu konsep gagasan kepemikiran yang menekankan aspek modal insan
03:09sebagai
03:10landasan kecemelangan generasi masa hadapan bekas Perdana Menteri yang mesra dipanggil Pak Lah dan juga membawa imej pemimpin Islam sederhana itu amat menekankan bahawasanya
03:24setiap insan perlu dilengkapi nilai-nilai positif seperti berilmu mempunyai nilai muli, moral dan disiplin bagi melengkapi proses pembangunan negara yang cermelang, gemilang dan terbilang
03:37sepanjang enam tahun mengemudi kerajaan bermula 31 Oktober 2003
03:42Abdullah ataupun Pak Lah antara lain menggariskan lima teras di bawah pentadbirannya iaitu misi nasional, pelan integriti nasional, pembangunan koridor ekonomi, pembangunan modal insan serta konsep Islam hadari
03:56Pak Lah yang dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayar Lepas, Pulau Pinang
04:02Abdullah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Bertam, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Tinggi Bukit Bertajam
04:11Sekolah Menengah Diaratul Marifil Al-Wataniah dan Sekolah Lelaki Methodis, Pulau Pinang
04:17Al-Irham yang pernah berhikmat sebagai guru meneruskan pengajian di Universiti Malaya dari tahun 1962 hingga 1964 dalam bidang pengajian Islam
04:27Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Endon Mahmud pada 1965 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tan Sri Kamaluddin dan Nori
04:36Bagaimanapun setelah beberapa tahun bertarung dengan kanser payudara, Endon meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 dan Abdullah kemudiannya berkahwin dengan Tun Jin Abdullah pada 2007
04:49Dari segi karier pula, Abdullah menempa kerjaya yang dinamik sejak memulakan tugas sebagai penolong siatusaha di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1964
04:59dan dilantik sebagai ketua penolong siatusaha majlis keselamatan di bawah majlis gerakan negara ataupun magheran pada 1969
05:08serta pengarah belia dan kebencian kebudayaan belia dan sukan pada 1971 dan timbalan ketua siatusaha kebencian berkenaan pada 1975
05:17Walaupun telah menyertai UMNO pada 1965, Al-Irham hanya mula bergiat aktif dalam dunia politik selepas memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pelan Raya Umum ke-5 pada 1978
05:30dan dipilih untuk memegang jawatan naib Presiden UMNO pada 1984, 1987, 1990 dan dipilih semula untuk jawatan itu pada 1996
05:42antara jawatan penting Abdullah dalam kabinet adalah sebagai timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 1980
05:48Menteri Pelajaran 1984, Menteri Pertahanan 1986-1987, Menteri Luar Negeri 1991-1999
05:58selain menggalas jawatan timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1999
06:04Abdullah dilantik sebagai timbalan Presiden UMNO dari 2000 hingga 2003 dan memegang jawatan tertinggi dalam parti
06:12sebagai Presiden UMNO dari 2003 hingga 2009
06:16selepas itu Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan untuk melepaskan semua jawatannya dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga Kerajaan
06:25dilahirkan dalam keluarga cendekiawan Islam dengan bapanya Al-Irham Dato' Ahmad Badawi Abdullah
06:30merupakan tokoh agama terkenal
06:32Abdullah turut menyemai pendekatan Islam Hadari dalam kepimpinannya
06:36Abdullah sifatkan halamkah memperkenalkan Islam Hadari bertujuan untuk membawa perubahan dalam cara pemikiran dan sikap masyarakat
06:45Pada 23 April 2004, Abdullah melancarkan Pelan Integriti Nasional atau PIM dengan fokus utama untuk memupuk budaya dan integriti dalam kalangan rakyat
06:55sekaligus menyaksikan penubuhan Institut Integriti Malaysia sebagai agensi pemantauan pelaksanaan PIM
07:02Usaha serius negara dalam menghapuskan rasuah juga mendorong kerajaan pimpinan Abdullah
07:07menubuhkan Akademi Penjagaan Rasuah Malaysia yang bertindak sebagai pusat serantau bagi usaha meningkatkan kapasiti dan keupayaan dalam pembenterasan rasuah
07:16Dari sudut ekonomi negara, Abdullah melaksanakan pembangunan 5 koridor wilayah
07:21antaranya Wilayah Ekonomi Koridor Utara NCIR dan Koridor Pantai Timur atau Wilayah Ekonomi Pantai Timur ISIR
07:28bagi merapatkan jurang pendapatan antara rakyat
07:31Pelaksanaan koridor wilayah antaranya melibatkan penyediaan infrastruktur dan sumber di kawasan luar bandar
07:38dengan langkah tersebut bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi
07:41dan menjadi sebahagian daripada inisiatif di bawah rancangan Malaysia ke-9
07:45Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009
07:50dan dikunyakan darjah tertinggi negara
07:52iaitu Sri Maharaja Mangku Negara, HSNN yang membawa gelaran TUN pada tahun yang sama
08:01Terima kasih telah menonton!

Recommended