Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada Rabu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menamakan semula lebuh raya Bandar Kasia ke Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penghargaan atas jasa besar Allah Ya Raham kepada negeri itu.
00:11Ketua Menteri Chow Kwon Yao berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat majlis mesyuarat Kerajaan MMK Negeri pada Rabu.
00:19Menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu, beliau juga mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan terakhir pada Jumat ini.
00:31Katanya Tun Abdullah yang juga Perdana Menteri kelima membawa banyak perubahan kepada negeri ini sepanjang pentadbirannya.
00:38Antaranya adalah Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, Bandar Kasia, Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang LTAPP yang pertama, Pembangunan Pining Sentral, Lebuh Raya Lingkaran Luar Batawath dan Koridor Ekonomi Wilayah Utara NCER.
00:57Jelas Kwon Yao impak jambatan kedua ini turut menyaksikan pertumbuhan ekonomi antara Batu Maung dan pembangunan Bandar Kasia di Batu Kawan sebagai zon perindustrian baharu khas.
01:08Pada 24 Ogos 2004, Tun Abdullah menamakan Bandar Kasia dan memperoleh kelulusan pada tahun yang sama.
01:16Kemudiannya penggunaan nama Bandar Kasia sebagai bandar baharu di Batu Kawan juga diluluskan oleh MMK pada tahun 2016.
01:24Justru kerajaan negeri ingin teruskan legasi tersebut dengan menamakan semula Lebuh Raya Bandar Kasia ke Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi.