Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pihak pengurusan media berbahasa Cina tempatan, Kwong Wah Yit Poh dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di Facebook hari ini.
Transcript
00:00Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC telah memanggil pihak pengurusan media Kong Wah Yitpoh berhubung laporan berkaitan gambar bendera Malaysia yang tidak lengkap sifatnya.
00:13Penyiaran ilustrasi jalur gemilang tidak lengkap itu dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi Organisasi Berkenaan pada Rabu.
00:20Menerusi satu kenyataan, MCMC memaklumkan siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588
00:34memandangkan kesalahan melibatkan kandungan dimuat naik secara dalam talian.
00:40Tegas MCMC pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri serta Polis Diraja Malaysia.
00:50Susulan itu, MCMC memberi amaran tegas kepada semua pihak termasuk organisasi media dan orang awam agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan sedemikian.
01:00Tambah MCMC, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan berkenaan.
01:07Suruhanjaya itu turut mengulangi komitmen untuk memastikan penggunaan media digital di negara ini kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan.

Recommended