Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Polis Siasat Video Tula memaparkan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara UITM berpakaian menyerupai kumpulan pelampau Ku Klux Klan.
00:19Seorang pekerja bengkel didakwa di Mahkamah Magistret Johor Baru atas dua pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penghantar makanan ahad lalu.
00:36Seorang pemilik anjing Rottweiler dikenakan hukuman denda RM8,500 oleh Mahkamah Magistret Baling selepas mengaku salah kerana cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang mangsa di Taman Desa Bidara Kuala Ketil pada hari raya kedua.
00:49Secara purata, sebuah kenderaan pacuan empat roda dicuri dalam tempoh seminggu di Melaka untuk dijual ke beberapa negara cirak.
01:03Dewan Undangan Negeri Dun Perak meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang Razman Zakaria daripada menghadiri persidangan dun selama enam bulan berkuatkuasa serta merta.
01:14China akan terus perkukuh kerjasama dengan lebih luas dengan Malaysia dalam menghadapi kejutan global dan globalisasi ekonomi, kata Presidennya Xi Jinping.
01:26Angka kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud yang melanda Myanmar meningkat kepada 3,706 orang.
01:34Maldives secara rasmi mengharamkan kemasukan semua pemegang pasport Israel ke negara kepulauan itu.
01:45Negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mencapai persetujuan selepas lebih tiga tahun,
01:51rundingan bagi memperkukuh kesiapsiagaan global menghadapi pandemik yang mungkin berlaku pada masa depan.
01:57Thailand menuduki tangga keempat di dunia sebagai negara dengan kadar kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya.
02:06terima kasih kerana menonton!
02:27Terima kasih kerana menonton!
02:31Jangan lupa uwala semoman m objecting yang menyebast Israel ke pandemik yang mencuali oleh vender public than bi världk.