Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Khamis mengesahakan bahawa seorang warga China turut termasuk dalam kalngan mangsa yang terkorban, manakala tujuh lagi masih dilaporkan hilang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Angka kematian akibat insiden kapal kargo minyak yang membawa 25 pekerja karam di perairan sebuah wilayah di barat Filipina pada selasa meningkat kepada 4 orang.
00:12Pegawal pantai Filipina PCG pada Khamis sahkan bahawa seorang warga Cina turut terkorban, manakala 7 lagi masih dilaporkan hilang.
00:20Menurut sebuah kenyataan media, PCG memaklumkan kapal MV Hongkai 16 yang membawa 2,000 liter minyak pelincir dan 30,000 liter diesel karam di perairan berhampiran Oksidental Mindoro pada selasa.
00:34Yang mana terdapat 13 kru rakyat Filipina dan 12 kru rakyat Cina di atas kapal tersebut.
00:40Daripada jumlah tersebut, PCG memaklumkan 6 rakyat Filipina dan 8 rakyat Cina diselamatkan.
00:46PCG turut meminta mangsa terselamat membantu proses pengecaman mayat yang ditemui.
00:52Sementara itu, Pasukan Perlindungan Alam Sekitar Marin, Kumpulan Tindak Balas Kecemasan Southern Tagalog telah memasang penghadang tumpahan minyak di sekitar kapal
01:02bagi mengawal kemungkinan tumpahan serta memastikan perlindungan alam sekitar marin.