Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abdl Halim menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bertemu semula, sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar bagi bertanding merebut kerusi timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat terus meningkat.
00:08Terbaharu, Angkatan Muda Keadilan menyatakan sokongan secara terbuka.
00:12Ketuanya Adam Adli Abdul Halim berkata, AMK memberikan sokongan kepada Nurul Izzah yang pernah menerima gelaran Puteri Reformasi itu
00:20selaku calon timbalan Presiden bagi pemilihan di peringkat pusat.
00:24Beliau yang juga timbalan Menteri Beli dan Sukan berkata, sokongan terhadap Nurul Izzah bukan kerana soal individu
00:33sebaliknya tetapi langkah strategik untuk memperkukuhkan barisan kepimpinan masa hadapan parti.
00:39Dalam kenyataannya hari ini, Adam berkata dengan suasana politik yang semakin kompleks,
00:43Nurul Izzah jadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip tetapi juga mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baru.
00:52Tambah beliau lagi, pencalonan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dapat merapatkan jurang dalam parti dari segi generasi dan gender.
01:00Pada selasa, beberapa pemimpin kanan parti telah menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah yang juga nak sulung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan berkenaan.
01:10Antaranya ialah pengurusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari,
01:16Situsa Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Syamsur Iskandar Mohd Akin dan beberapa ketua cabang PKR.
01:23Ketika ini, jawatan timbalan Presiden PKR disandang oleh Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli.
01:30Minggu lalu, beberapa pemimpin dari Kem Rafizi dilaporkan tewas semasa pemilihan peringkat cabang.
01:36PKR mengumumkan proses pencalonan dan pemilihan pujuk pimpinan pusat parti akan diadakan pada 8 dan 9 Mei.
01:43Terima kasih telah menonton!