Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pukul pelajar tingkatan dua, lima individu diambil keterangan
Transcript
00:00Polis merakam keterangan 5 individu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang menjadi mangsa buli dan pukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ4 di Subang Jaya minggu lalu.
00:13Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Assistant Commissioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, mereka yang diambil keterangan adalah mangsa yang juga pelajar tekatan 2 sekolah berkenaan.
00:21Selain itu, turut diambil keterangan adalah pelajar yang disyaki terbabit kes buli dan pukul serta guru sekolah.
00:31Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesesaan.
00:38Terdahulu, media melaporkan pelajar tekatan 2 trauma selepas menjadi mangsa buli dan dipukul pelajar lain sejak bulan lalu.
00:45Bapanya berusia 43 tahun hanya mengetahui kejadian itu pada 2 Mei lalu dan tampil membuat laporan polis.
00:51Mangsa mendakwa ditumbuk di muka oleh seorang pelajar pada 29 April lalu, manakala pada 2 Mei dia sekali lagi menjadi mangsa apabila didatangi tiga pelajar sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Recommended