Lebih 600 pelajar antarabangsa, pensyarah dan penyelidik dari sekurang-kurangnya 90 universiti di seluruh Amerika Syarikat (AS) kehilangan visa mereka selepas tindakan pembatalan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Mula kita ke laporan antarabangsa. Lebih 600 pelajar antarabangsa, pensyarah dan penyelidik dari sekurang-kurangnya 90 universiti di seluruh Amerika Syarikat kehilangan visa mereka selepas tindakan pembatalan dilakukan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:17Perkara itu didedahkan melalui semakan CNN terhadap dokumen mahkamah, kenyataan peguam serta pengumuman institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
00:27Setakat ini belum jelas sama ada semua individu yang terlibat perlu segera meninggalkan Amerika Syarikat atau dibenarkan untuk terus mengikuti pengajian mereka.
00:37Jabatan Negara Amerika tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai proses pembatalan visa tersebut namun menyifatkan situasi itu sebagai dinamik dan masih berjalan.
00:46Seorang jurucakap Jabatan Negara merujuk kepada kenyataan setiusa negara Marco Rubio yang berkata Akta Immigration dan Kewarga Negaraan Amerika menetapkan individu yang menyokong aktiviti organisasi seperti Hamas tidak layak menerima visa ke negara itu.
01:01Jabatan Negara secara manual membatalkan rekod dalam sistem pelajar dan pertukaran pelawat servis tanpa memaklumkan secara langsung kepada pelajar atau pihak universiti yang terlibat.
01:12Dalam kebanyakan kes, universiti hanya menyedari pembatalan visa selepas membuat semakan dalam sistem.
01:17Mengenai pelajar terlibat, ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
01:22Namun, peguam immigration berkata terdapat juga yang berdepan kemungkinan dihantar pulang akibat sabitan kesalahan kecil termasuk kesalahan ringan yang berlaku beberapa tahun lalu yang lazimnya tidak membawa kepada tindakan pengusiran.