Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Sebanyak 269 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM13.6 juta dirampas pasukan narkotik Bukit Aman hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah di sekitar Bandar Baru Sri Petaling di sini Isnin lalu.
Transcript
00:00Sebanyak 269 kilogram dadah pelbagai jenis yang bernilai 13.6 juta ringgit dirampas pasukan narkotik Bukit Aman hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah di sekitar Bandar Baru Sri Petaling di Ibu Negara pada Isnin lalu.
00:15Pemanggu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Salahuddin C. Ali berkata serbuan itu dibuat susulan penahanan dua lelaki tempatan yang disyaki berperanan sebagai penjaga store dan pengedar dadah.
00:33Beliau berkata kedua-dua suspek yang berumur 43 dan 42 tahun itu ditahan di sebuah restoran dan kini direman lima hari bermula selasa.
00:42Hasil tangkapan polis memeriksa sebuah rumah yang disewa oleh kedua-dua suspek dan telah menemui 269 bungkusan dadah dengan satu bungkus dianggarkan seberat satu kilogram dalam bungkusan teh herba.
00:57Katanya sebanyak 210 bungkusan mengandungi dadah jenis ketamin, 55 bungkusan syabu dan 4 bungkusan jenis ekstasi.
01:06Menurutnya rumah teres dua tingkat yang disewa suspek sejak November tahun lalu dijadikan store menyimpan dadah sebelum diedarakan ke pasaran tempatan dan luar negara seperti Hong Kong dan Indonesia.
01:20Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menerima bayaran RM26,900 untuk menjaga dan menghantar dadah-dadah itu dan saringan air kencing mendapati mereka berdua positif dadah.
01:32Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Recommended