Kertas siasatan berhubung kandungan hantaran diakaun Facebook Kwong Wah Yit Poh serta Sin Chiew diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan hantaran di akaun Facebook Kuong Wahyit Poh, serta gambar dalam akhbar digital Sin Chiu yang memaparkan jalur gemilang dalam keadaan tidak lengkap.
00:16Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fazil berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
00:24Katanya bagi kes yang melibatkan cetakan akhbar pula, ia kini dalam siasatan Kementerian Dalam Negeri KDN dan Polis Diraja Malaysia, PDRM.
00:35MCMC juga melakukan siasatan berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:45Jadi tiga siasatan atau tiga badan berbeza yang melakukan siasatan.
00:50Saya tidak ada maklumat apakah statusnya, boleh rujuk dengan pihak PDRM dan atau KDN mengenai dua siasatan yang berjalan.
01:01Manakala bagi pihak MCMC, saya difahamkan siasatan dalam isu Sin Chiu dan juga Kuong Wahyit Poh.
01:10Dua-duanya telah selesai dan kertas siasatan ataupun IP saya difahamkan akan diserah kepada timbalan pendakwa raya.