Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Pelawat yang ingin memasuki bandar Venice di Itali untuk lawatan harian perlu membayar bayaran masuk sehingga €10 mulai Jumaat, iaitu dua kali ganda daripada kadar ketika skim itu diperkenalkan tahun lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelawat yang ingin memasuki Bandar Venice di Itali untuk lawatan harian perlu membayar bayaran masuk sehingga 10 euro mulai jumaat iaitu 2 kali ganda daripada kadar ketika skim itu diperkenalkan tahun lepas.
00:14Bayaran itu dikenakan setiap hari sehingga hujung minggu pertama Mei dan kemudian pada setiap hujung minggu iaitu jumaat hingga ahad sehingga akhir Julai.
00:23Secara keseluruhan, bayaran akan dikenakan pada 54 hari tahun ini, hampir 2 kali ganda berbanding tahun lepas.
00:32Pelawat juga perlu mendapatkan kod respons pantas secara dalam talian sebelum ketibaan dan memuat turunnya ke telefon mudah alih.
00:39Pada 2024, Venice menjadi bandar pertama di dunia yang mengenakan bayaran masuk kepada pelawat jangka pendek.
00:46Mereka yang masuk tanpa tiket boleh dikenakan denda sehingga 300 euro.
00:51Sistem ini secara umumnya masih sama seperti tahun lepas.
00:53Namun kekerapan dan kadar bayaran kini meningkat.
00:57Pelawat yang membuat tempahan awal hanya perlu membayar 5 euro manakala pelawat saat akhir akan dikenakan bayaran 10 euro.
01:04dan kemudian perutu.
01:05Selamat menikmati.
01:06Selamat menikmati.
01:07Selamat menikmati.
01:08Selamat menikmati.
01:12Terima kasih kerana menonton!

Recommended