Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan pada Selasa berkata sistem E-Janji diperluaskan kepada individu yang mahu mendapatkan penjelasan mengenai taksiran cukai mulai 1 Mei ini.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Lembaga hasil dalam negeri LHDN memperluas penggunaan sistem e-janji temu kepada pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan kes pembayar cukai bagi memastikan urusan percukaian dilaksanakan lebih cekap.
00:13LHDN dalam kenyataan pada selasa memaklumkan mulai 1 Mei ini, pembayar cukai yang menerima surat atau notis melalui peti surat di portal MyTax dan memerlukan penjelasan lanjut boleh membuat janji temu menerusi portal berkenaan.
00:26Menerusi kenyataan itu, peluasan sistem e-janji temu ini memberi alternatif kepada pembayar cukai bagi berurusan dengan LHDN sama ada menghadiri sesi janji temu secara bersemuka di pejabat LHDN atau berurusan secara dalam talian mengikut kesesuaian masing-masing.
00:45Tambahnya, peluasan inisiatif ini bagi membantu pembayar cukai merancang dan mengurus hal-hal percukaian dengan lebih efektif, menjimatkan masa serta meningkatkan keberkesanan komunikasi pembayar cukai dengan pegawai LHDN.
00:59Pelaksanaan sistem e-janji temu ini diperkenalkan mulai 1 Januari 2023 bagi memudahkan pembayar cukai mendapatkan perkhidmatan percukaian di semua kaunter perkhidmatan LHDN.
01:11Keberkesanan sistem itu mendorong peluasan fungsinya pada 8 Mac 2024 yang membolehkan majikan mengemukakan permohonan perkhidmatan kaunter luar sekaligus menawarkan fleksibiliti dalam perkhidmatan percukaian kepada pelanggan.
01:25Terima kasih kerana menonton!