Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Dua wakil Astro Awani, Zaiful Ariffin dan Azizul Azwa, menyertai petugas haji dan menjanjikan laporan komprehensif serta menyeluruh sempena musim haji 1446H/2025M.
Transcript
00:00Sementara itu, bagi Esra Awani, saluran berita 24 jam ini menjanjikan laporan komprehensif dan menyeluruh sempena musim haji tahun 1446 Hijrah 2025.
00:14Editor Ezeketif Zhaiful Arifin yang terpilih sebagai petugas haji tanah suci mewakili Esra Awani memaklumkan antara tumpuan yang akan diberikan adalah perkembangan harian,
00:23perkongsian ringkas di platform media sosial dan laporan yang membawa sisi peribadi jemaah.
00:27Jadi yang pentingnya kami sebagai petugas ini harus bersiap sedia terlebih dahulu untuk kita menerima jemaah yang akan hadir nanti di tanah suci.
00:41Jadi akan ada dua. Satu akan tiba terus ke Madinah dan satu lagi mungkin ke Mekah.
00:48Bagi kami, petugas media, pastinya tujuan kami adalah untuk membuat liputan dan memberikan perkembangan harian.
01:00Jadi bagi penonton-penonton Esra Awani khususnya, pastikan anda mengikuti laporan saya bersama dengan Aziz Azwar Abdul Syukur.
01:10Kami berdua akan berada di Tanah Suci, di Madinah dan juga di Mekah, Mekah Ramah sehingga 16 Jun nanti.
01:19Jadi bermakna segala laporan harian, kapsul, di media sosial dan juga laporan di laman digital Esra Awani, insyaAllah kami akan sediakanlah setiap hari.
01:33Kita juga akan mengadakan kerjasama dengan tabung haji tentang apa sahaja perkembangan dan kita ada selain daripada itu ada isu-isu lain.
01:45Kita boleh selidikanlah. Contoh macam personalize tentang peserta dan juga jemaah haji yang mana kalau ada nampak benda yang menarik, kita akan tunjolkanlah.
02:01Sementara itu, Muhammad Fazli Daud, pengurus program CATS-FM yang juga terpilih sebagai petugas haji bagi musim ini,
02:09turut teruja untuk menjalankan tugas membawakan perkembangan terkini laporan semasa operasi haji.
02:14Katanya pelbagai persiapan dilakukan terutamanya bagi memastikan fizikal berada pada tahap optimum.
02:21Untuk petugas, saya sebenarnya banyak bertanya dengan kawan-kawan yang berada di tabung haji di negeri Sarawak lah.
02:26Bertanya macam mana diorang punya pengalaman menjadi petugas dan sebagainya.
02:29Banyaklah dengar pengalaman daripada diorang. Yang paling penting kata diorang, kita pun sama-sama bersedia daripada sudut fizikal, mental.
02:38Yang saya disarankan oleh diorang adalah kekuatan fizikal dan juga perkataan sabar itulah yang perlu kita kuatkanlah.
02:45Sebab di sana kita tahukan kesabaran itu bukannya hanya berdepan dengan masa malahan dengan manusia.
02:50Jadi, insyaAllah persiapan daripada sudut itulah yang paling penting.
02:53Mereka yang merupakan antara 632 petugas haji tanah suci yang digerakkan ke Arab Saudi secara berperingkat bagi memastikan segala persiapan dalam keadaan terbaik sebelum ketibaan jemaah haji Malaysia di Madinah dan Mekah.
03:0774 petugas termasuk Zaiful, penerbit dan editor kanan Azizul Azwar yang mewakili Ashrawani serta Muhammad Fazli berlepas ke tanah suci pada Khamis bagi tujuan tersebut.
03:16Khamis bagi tujuan tersebut.

Recommended