Malaysia mungkin berdepan kekurangan ubat-ubatan penting jika tumpuan keterlaluan diberikan kepada pelancongan perubatan swasta. Pakar Perubatan Awam, IMU UNiversity, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkongsi tentang risiko jangka panjang apabila pelancong membawa pulang ubat dari Malaysia kerana harga yang jauh lebih murah.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia berdepan risiko kekurangan bekalan ubat, khususnya ubat-ubatan kritikal, sekiranya tumpuan terlalu berat kepada pengembangan perubatan swasta.
00:09Menurut pakar perubatan awam IMU Nivsti, Prof. Dr. Syed Mohamed Aljunit, Syed Junit,
00:15oleh kerana harga ubat-ubatan di Malaysia jauh lebih murah termasuk hasil daripada dasar percukaian yang mesra pengguna,
00:21ramai pelancong mengambil peluang untuk mendapatkan bekalan ubat bukan sahaja untuk kegunaan semasa tetapi juga dibawa pulang ke negara asal.
00:30...mengurangkan kemungkinan penduduk kita mendapat akses kepada ubat-ubat yang mahal-mahal yang mungkin diperlukan untuk rawatan-rawatan seperti penyakit kanser, penyakit diabetes dengan komplikasi dan sebagainya.
00:43Jadi itu merupakan di antara cabaran-cabaran pada masa hadapan yang mungkin menjadi suatu perkara yang harus kita fikirkan.
00:51implikasinya dari segi perkhidmatan kesihatan awam yang disebabkan oleh tumpuan perkhidmatan kesihatan swasta ini kalau diberikan terlalu banyak tumpuan untuk memperkembangkan faktorizm ini.
01:06Justeru, Malaysia perlu merangka strategi jangka panjang untuk meimbangi pembangunan sektor pelancongan perubatan dengan kepentingan kesihatan awam.
01:14Polisi kawalan ekspor ubat, pelaburan dalam tenaga kerja kesihatan dan pendekatan inklusif dalam perkhidmatan swasta adalah antara langkah penting yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan sektor ini kekal mampan dan tidak mengorbankan hak kesihatan rakyat.
01:29Beliau berkongsi pandangan dalam program niaga awam ini pada Khamis.