Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Lima sekeluarga nafi culik remaja, tuntut tebusan RM2 Juta

Lima sekeluarga termasuk pasangan suami isteri didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen Seremban, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, D Sasveena, 31; T Boharaj, 32; Farhin Muhamad Ariffin, 23; dan dua beradik P K Koshenn Kumar, 21, serta P K Siveeshinaa, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724777/berita/semasa/lima-sekeluarga-didakwa-culik-remaja-perempuan-tuntut-tebusan-rm2-juta

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesculik #mahkamah
Transcript
00:00Lima sekeluarga termasuk pasangan suami isteri didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Mahkamah Session Seremban pada Khamis.
00:09Tertuduh, D. Sasfina, 31 tahun, T. I. Boharaj, 32 tahun, Farhin Muhammad Arifin, 23 tahun dan dua beradik P. K. Koshen Kumar, 21 tahun, serta P. K. Sifisina, 23 tahun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.
00:26Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan niat bersama menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan cara melarikannya bagi tujuan menuntut wang tebusan RM2 juta.
00:37Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah salun rambut di Jalan S2B10, Oktown Avenue Seremban 2 kira-kira jam 5.45 petang pada 10 April lalu.
00:47Semua tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 Kurungan 1 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
00:59Sementara itu, Peguam T. Harpal Singh memohon tarikh singkat iaitu dua minggu untuk memfailkan hujahan mitigasi rayuan jaminan secara bertulis.
01:08Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan dan sebutan semula kes pada 14 Mei ini.
01:17Terima kasih kerana menonton!

Recommended