Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada layanan dua darjat dalam isu membabitkan insiden paparan bendera tidak lengkap dan siasatan akan dijalankan terhadap pihak-pihak terlibat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jangan lupa saksikan Buletin Awani Khas, bermula 8 hingga 10 pagi membincangkan mengenai tarif Trump, pintu rundingan terbuka, apa strategi seterusnya.
00:09Bersama tetamu-tetamu dan analisis komprehensif dengan penganalisis ekonomi, perdagangan dan geopolitik,
00:16melihat kepada pasca pertemuan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI,
00:20Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Jemisin Greer.
00:25Kita ke berita seterusnya.
00:27Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kegusaran terhadap beberapa insiden yang melibatkan kesilapan paparan jalur gemilang.
00:36Perkara itu disampaikan setiausaha akbar kanan Perdana Menteri, Tengku Nasyul Abaidah dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri pada Khamis.
00:44Menurut Tengku Nasyul, Perdana Menteri menegaskan tiada layanan dua darjat dalam isu membabitkan insiden paparan bendera rasmi negara yang tidak lengkap.
00:53Yang amat berhormat Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada layanan dua darjat dalam isu ini.
01:02Siasatan dilakukan tanpa mengira pihak yang terlibat sama ada media tempatan, syarikat antarabangsa maupun agensi kerajaan sama sekali.
01:10Prinsip keadilan dan hormat kepada simbol negara mesti ditegakkan oleh semua tanpa pengecualian.
01:19Dan semua pihak perlu lebih peka dan berhati-hati dalam soal penerbitan bahan berkaitan simbol ataupun maruah negara.
01:29Mengenai penggunaan AI, ia perlu disertai dengan tanggungjawab.
01:38Yang amat berhormat Perdana Menteri menyambut baik inovasi dalam bidang teknologi termasuk kecerdasan buatan yang kian meluas dalam pelbagai sektor,
01:48iaitu sektor media, pendidikan dan perniagaan.
01:52Namun, beliau menegaskan bahawa AI tidak boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia.
02:03Kenyataan itu adalah susulan kes terbaru berkaitan kesilapan paparan jalur gemilang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
02:10Selain itu, Tengku Nasrul berkata penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI perlu disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
02:20Katanya Perdana Menteri menyambut baik inovasi teknologi termasuk AI dalam pelbagai sektor tetapi menegaskan ia tidak boleh menggantikan kemahiran dan peranan manusia.

Recommended