Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah calon Sijil Pelajaran Malaysia 2024 yang gagal iaitu 1,789 berbanding 1,467 calon pada tahun 2023.
#AWANInews
#AWANInews
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Di sebalik keputusan SPM 2024 yang menunjukkan prestasi terbaik sejak 2013,
00:06Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bilangan calon yang gagal dalam semua mata pelajaran juga meningkat.
00:12Ketua Pengarah Pendidikan Dato' Azman Adnan berkata,
00:15antara faktor penyumbang termasuklah disebabkan calon bekerja pada waktu malam, masalah literasi dan numerasi.
00:24Okey, walaupun pencapaian keseluruhan menunjukkan peningkatan, saya sebutkan tadi juga,
00:30dalam slide ada juga dipaparkan bilangan calon yang boleh grade semua G,
00:34G itu maksudnya gagal lah, dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat kepada 1,789 calon
00:42berbanding dengan 1,467 calon pada tahun 2023.
00:47Antara faktor yang menyumbang kepada hal ini termasuklah calon yang tidak memberikan fokus kepada proses pembelajaran
00:55sebahagian besar mereka ini bekerja pada waktu malam,
00:58terutama calon-calon yang berada di kawasan bandar
01:02dan ada sedikit juga calon yang menghadapi masalah literasi dan numerasi yang tidak ditangani lebih awal.