Lintas langsung dari Washington D.C bersama wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bagi membawakan perkembangan pra perbincangan mengenai isu tarif timbal balik antara delegasi Malaysia bersama Amerika Syarikat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baiklah langsung kita bawakan buletin awli khas yang mana kita bawakan perkembangan hasil perbincangan dan rundingan delegasi Malaysia dengan Amerika Syarikat yang mana delegasi Malaysia diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Indah Sui Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat di Washington DC dan Wakil kami Syaf Syukri bersedia di sana. Syaf, teruskan.
00:22Baik, terima kasih Asim di Bukit Jalil. Saya bersiaran secara langsung di harapan bangunan United State Trade Representative USTR di mana sebetul tadi berlangsung pertemuan antara delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama dengan Wakilnya iaitu Jameson Gere dan saya rasa ketika ini mungkin kalau boleh saya panggil Datuk Seri untuk terus bersedia bersama dengan kita untuk memberikan respon langsung terhadap pertemuan yang berlangsung sebentar tadi.
00:51Datuk Seri, terima kasih kerana sudi menunggu dan masih setia bersama dengan kami Datuk Seri. Mungkin pertama sekali Datuk Seri bagaimana dengan sesi perbincangan yang berlangsung sebetul tadi Datuk Seri mungkin boleh kongsikan?
01:00Ya, Alhamdulillah kita baru saja selesai mesyuarat dengan USTR, Ambassador Green. Pada masa mesyuarat tersebut kita berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan tarif dan kita menggunakan peluang ini untuk memberi percerahan mengenai perhubungan ekonomi yang erat di antara Amerika Syarikat
01:20dan Malaysia terutamanya sejak kita merdeka lagi. Banyak syarikat-syarikat Malaysia yang melabur, eh syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia yang juga menyemulkan pengekspor kepada negara Amerika Syarikat.
01:32Kita juga berkongsi maklumat mengenai industri-industri yang penting seperti semiconductor dan juga industri-industri kita yang lain yang mengekspor ke negara Amerika Syarikat.
01:46Pesoran sebenarnya saya rasa positif kerana mereka mendengar dan setuju untuk meneruskan perbincangan bersama-sama dengan pengurusan tertinggi USTR dengan juga pengurusan dari pihak Malaysia.
02:01Mungkin Dato' Sri boleh kongsikan apa tawaran yang dibawa oleh Malaysia dalam perbincangan ini bagi sama-sama kita nak bercakap mengenai soal tarif dalam mengimbangi defisit perdagangan antara Malaysia dan juga Amerika Syarikat.
02:12Tawaran-tawaran itu adalah perbincangan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat itu sudutlah. Yang saya boleh jamin ialah perbincangan itu memberi fokus untuk membantu industri-industri Malaysia, syarikat-syarikat Malaysia dan pengen kispor Malaysia.
02:30Dan pada masa yang sama kita juga bersetuju untuk mencari jalan yang menang-menang ataupun win-win kepada semua rakyat Malaysia dan juga rakyat Amerika Syarikat.
02:44Dato' Sri, jadi melihat kepada Dato' Sri sebut tadi agak responsif ya, memberi respon yang cukup baik. Jadi selepas ini apa dalam tempoh 90 hari sebelum tarif itu direalisasikan, kita tak tahu apa keputusannya. Jadi apa lagi selepas ini untuk delegasi Malaysia, Dato' Sri?
02:57Tadi kedua-dua pihak bersetuju. The next step, langkah seterusnya ialah untuk pihak pengurusan USTR bersama juga dengan pihak Malaysia yang kita bersama-sama dengan semua kementerian dan agensi yang berkaitan akan meneruskan perbincangan.
03:15Dan kita, saya akan berjumpa sekali lagi dengan Ambassador Greve, USTR pada bulan Mei, bulan depan pada arah dan insyaAllah kita akan terus dari peringkat-peringkat pegawai, pegawai tertinggi akan meneruskan perbincangan yang dibincang hari ini.
03:33Dato' Sri, mungkin boleh kongsikan sedikit konsesi yang mungkin ditawarkan Malaysia, Dato' Sri?
03:36Oh, tidak boleh. Semuanya rahsia tetapi percayalah, apa-apa kita perjuangkan untuk Malaysia adalah untuk kebaikan ekonomi Malaysia juga.
03:47Dato' Sri, mungkin ini saya tahu Dato' Sri rushing sekarang ini. Dato' Sri, mungkin terakhir, ada media antarabangsa yang melaporkan bahawa seorang broker pengangkutan yang berpangkalan di China
03:54menawarkan perkhidmatan untuk menghantar barangan China melalui Malaysia memandangkan tarif yang dikenakan kepada Malaysia adalah 24% berbanding 145% ketika ini kepada China.
04:02Komen, Dato' Sri?
04:03Kita akan buat siasatan, kita akan buat siasatan dan kalau benar benda ini berlaku, ini adalah deklarasi palsu dan kita akan ambil tindakan yang sewa jarnya lah.
04:12Kita akan bekerjasama dengan semua agensi-agensi lain untuk membuat siasatan.
04:18Dato' Sri, selepas ini akan ada pertemuan lagi dengan situs pertanggangan Dato' Sri. Mungkin boleh kongsikan apa yang akan dibentangkan dalam pertemuan tersebut, Dato' Sri?
04:24Lepas ini, saya ada perjumpaan juga dengan Secretary of Commerce, Secretary Lutnik dan pada masa yang sama, perbincangan akan memberi fokus kepada isu-isu pertanggangan dan pelaburan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
04:39Baik, Dato' Sri, terima kasih atas perkawasan tersebut, Dato' Sri. Dan saya kira itu untuk waktu ini, perbincangan telah pun berlangsung sebentar tadi di antara delegasi Malaysia bersama dengan United State Trade Representative Jameson Greyer
04:53di mana mungkin kita akan dapatkan juga perincian kepada apa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
05:01Tapi seperti yang Tengku Dato' Sri Zafrul itu dah nyatakan tadi, beberapa perkara adalah sulit namun kita look forward apa saja bentuk perbincangan yang berlangsung,
05:10apa bentuk tawaran dan bagaimana langkah kehadapan selepas ini bagi membolehkan apa saja pengumuman yang dibuat oleh Amerika Syarikat sebelum ini
05:18mungkin boleh dipertimbangkan bagi mengekalkan daerah saing ataupun hubungan dagang antara Malaysia secara spesifiknya dengan Amerika Syarikat sendiri.
05:27Dan saya kira untuk waktu dan jam ini, kita akan terus memberikan tumpuan langsung.
05:36Saya kira jam 12 malam nanti, saya akan bersama dengan rakan setugas Asim Hassan untuk memberi analisis selanjut mengenai pertemuan ini.
05:44saya akan cuba dapatkan sedikit lagi perincian yang boleh dikongsikan bersama dengan rakyat Malaysia yang menonton pada waktu dan ketika ini.
05:52Tengku Dato' Sri Zafrul dalam perjalanan untuk menuju ke mesyuarat dan seterusnya.
05:57Jadi saya kira sekian untuk waktu dan jam ini. Kita kembali semula dalam analisis selanjut pukul 12 malam nanti bersama dengan Asim Hassan.
06:03Terima kasih kerana menonton!