Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dedahkan kira-kira 80 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.
#AWANInews
Transcript
00:00Kira-kira 80% penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.
00:08Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sriwan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
00:13Beliau berkata masalah itu dikhawatiri boleh menjejaskan kesihatan sekaligus perkhidmatan mereka.
00:21Apapun sesuatu yang kita laksanakan itu, dia bermula daripada badan yang sihat untuk memastikan pemikiran kita juga boleh.
00:29Dia boleh menghasilkan idea-idea yang pernah. Jadi memang saya sarankan kepada semua penjawat awam supaya kalau boleh cuba amalkan kehidupan yang sihat, bersukan, mengamalkan exercise supaya badan kita sihat dan akhirnya kita boleh membeli perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
00:52Wan Ahmad Dahlan berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perjumpaan bersama pegawai awam negeri Perak di bangunan Perak Darul Rizwan, Ipoh pada Khamis.
01:03Menurutnya dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab, penjawat awam juga mesti mengutamakan kesihatan.
01:09Beliau memberi contoh Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim yang sentiasa kelihatan bertenaga walaupun sibuk dengan urusan kerja.
01:16Terima kasih kerana menonton!

Recommended