Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah melaksanakan program pemindahan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan, Sabah ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina hari ini.
Seramai 623 orang PATI yang terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak berumur antara 11 bulan hingga 79 tahun telah dipindahkan dari Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan.
Seramai 623 orang PATI yang terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak berumur antara 11 bulan hingga 79 tahun telah dipindahkan dari Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seramai 623 orang pendatang asing tanpa izin parti dihantar pulang Jabatan Imigresen Malaysia JIM Sabah pada Khamis.
00:08Pengarahnya Dato' SHCT Saleha Habib Yusof dalam satu kenyataan berkata,
00:13operasi tersebut melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak berumur antara 11 bulan hingga 79 tahun dari Depo Imigresen Papar dan Depo Imigresen Sandakan.
00:23Dari pada jumlah itu, 483 lelaki dewasa, 80 perempuan dewasa, 35 kanak-kanak lelaki dan 25 kanak-kanak perempuan dihantar ke pelabuhan bandar Zambuanga, Filipina.
00:40Jabatan Imigresen Malaysia Sabah turut mendapat kerjasama penuh daripada Kedutaan Republik Filipina bagi pengeluaran dokumen perjalanan kepada mereka.
00:48Kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15-1-C dan Seksyen 6-1-C Akta Imigresen 1959 Palan 63, Akta 155 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
01:08Mereka telah menjalani hukuman penjara dan dipindahkan setelah melengkapkan dokumen perjalanan.
01:14Semua tahanan juga akan disinarah hitamkan dalam sistem imigresen mengikut jenis kesalahan.
01:22Sehingga kini, serama 3,993 waga negara Filipina dipindahkan ke negara asal melalui pintu masuk negeri Sabah.
01:31Jumlah keseruhan waga negara asing terlibat dalam program pemindahan tahanan adalah seraman 4,834 orang.