Dron-dron canggih bernilai sekitar 30 juta dolar setiap satu itu ditembak jatuh semasa misi pengawasan dan serangan antara 31 Mac hingga 22 April.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kumpulan huti di Yaman telah menembak jatuh tujuh drone Ripper milik Amerika Syarikat dalam beberapa minggu kebelatangan ini dengan kerugian keseluruhan melibihi 200 juta dolar.
00:11Insiden ini menandakan kehilangan aset ketenteraan paling ketara dalam kempen udara Washington terhadap kumpulan yang disokong Iran itu.
00:19Drone canggih bernilai sekitar 30 juta dolar setiap satu itu ditembak jatuh ketika misi pengawasan dan serangan antara 31 Mac hingga 22 April.
00:30Tiga daripadanya dimusnahkan dalam tempoh seminggu terakhir menunjukkan peningkatan keupayaan pertahanan udara huti dalam menghadapi operasi ketenteraan Amerika.
00:40Menurut laporan Al-Jazeera, puluhan orang awam dilaporkan terbunuh di kawasan yang dikuasai huti sejak 15 Mac selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan serangan harian terhadap kumpulan tersebut.
00:55Jurucakap Pusat Kawalan Dave Eastburn pada Kamis berkata pasukan tentera Amerika telah menyerang lebih 800 sasaran.
01:02Ia termasuk memusnahkan pusat arahan, tipu senjata dan sistem pertahanan udara serta membunuh ratusan pejuang dan pemimpin huti.