Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
MITI menyatakan kesediaan Malaysia untuk terus berunding dengan AS mengenai isu tarif balas, dengan fokus kepada perdagangan dua hala, keselamatan teknologi dan kestabilan rantau ASEAN.
Transcript
00:00Malaysia menyatakan kesediaannya untuk terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat bagi mencapai penyelesaian bersama berhubung isu tarif timbal balas yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:10Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengetuai delegasi Malaysia dalam perbincangan bersama Setiausaha Perdagangan Amerika, Howard Lutnik dan Wakil Perdagangan Amerika, Duta Besar Jameson Greer di Washington DC pada 24 April.
00:29Menurut MITI, Malaysia kekal terbuka untuk meneruskan rundingan meliputi empat bidang utama iaitu pengurangan defisit perdagangan, penanganan halangan bukan tarif, perlindungan teknologi serta meneroka perjanjian perdagangan dua hala.
00:46Malaysia turut menyambut baik pemberhentian sementara pelaksanaan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat dan melihatnya sebagai peluang strategik untuk mengadakan perbincangan yang lebih konstruktif.
00:58Dalam pertemuan itu, MITI menegaskan bahawa Amerika Syarikat adalah rakan dagang strategik yang penting buat Malaysia.
01:04Syarikat-syarikat Amerika turut memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara, manakala prestasi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dilaporkan semakin seimbang dalam tempoh sedekat lalu.
01:17Tengku Zafrul dalam kenyataannya berkata, semua talian komunikasi antara kedua-dua pihak akan terus dibuka bagi memastikan hasil yang dipersetujui dapat dicapai,
01:26sekaligus menjamin kelangsungan aliran perdagangan yang saling menguntungkan.
01:31Turut disentuh dalam perbincangan adalah potensi memperkukuh hubungan Amerika Syarikat-ASEAN memandangkan Malaysia kini memegang jawatan pengurusi ASEAN tahun ini.
01:42Peluang yang dilihat bertepatan dalam memperkukuh kestabilan dan matlamat serantau.
01:46Terima kasih telah menonton!

Recommended