Institut Jantung Negara (IJN) berjaya melaksanakan pemasangan LVAD Paediatrik pertama di Malaysia ke atas pesakit berusia 12 tahun, sekali gus memperkukuh keupayaan rawatan jantung pediatrik negara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bertemu kembali, Institut Jantung Negara IJN mencipta sejarah baru dalam dunia perubatan negara apabila berjaya menjalankan prosedur pemasangan peranti bantuan jantung atau Left Ventricular Assist Device LVAD pertama di Malaysia ke atas pesakit kanak-kanak.
00:16Prosedur pemasangan LVAD pediatrik pertama di Malaysia dilakukan ke atas pesakit berusia 12 tahun, Jackson Fung Yee Ji yang dirujuk ke IJN akhir bulan lalu dalam keadaan kritikal akibat kegagalan jantung.
00:32Keadaan Jackson ketika itu dilaporkan merosot dengan cepat sehingga menyebabkan serangan sawan dan gangguan irama jantung berbahaya.
00:40Menurut Timbalan Ketua Jabatan Pemberdahan Kardioterasik dan Vaskular IJN Khairul Anwar Abdul Aziz yang juga ketua prosedur berkenaan, LVAD ini boleh mengekalkan peredaran darah dan memberi ruang kepada jantung untuk pulih.
00:56Pasukan pelbagai disiplin IJN mengambil keputusan pantas untuk memasang LVAD pediatrik, satu alat mekanikal yang menyokong fungsi mengepam jantung secara sementara.
01:06Sama ada untuk pemulihan atau sebagai persediaan kepada pemindahan jantung.
01:12Prosedur itu turut disokong oleh pasukan pakar termasuk pakar bius, pakar jantung kanak-kanak, perfusi, jururawat dan jurur teknik bilik bedah bagi memastikan kejayaan penuh intervensi tersebut.
01:26Selepas 16 hari lawatan, fungsi jantung diaksan kembali stabil dan alat LVAD berjaya dikeluarkan tanpa komplikasi.
01:33Beliau kini dalam proses pemulihan sepenuhannya dan dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
01:40Pencapaian ini sekali lagi membuktikan komitmen IJN dalam memajukan rawatan jantung pediatrik
01:45serta memperkukuh kedudukan institusi itu sebagai peneraju inovasi kardiologi di peringkat nasional dan serantau.
01:53Terima kasih telah menonton!