Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 90 lagi cedera dalam serangan terbesar oleh Rusia ke atas ibu negara Ukraine, Kyiv, tahun ini.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 90 lagi cedera dalam serangan terbesar oleh Rusia ke atas ibu negara Ukraine, Kiev tahun ini.
00:08Serangan pada waktu malam itu melibatkan peluru berpandu dan drone menyebabkan kemusnahan besar termasuk kebakaran dan runtuhan bangunan.
00:17Serangan itu melibatkan 145 drone dan 70 peluru berpandu termasuk 11 peluru berpandu balistik.
00:24Pasukan udara Ukraine berjaya meminta 112 sasaran namun beberapa kawasan tetap mengalami kemusnahan besar termasuk wilayah Svetovskyi di barat Kiev.
00:35Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam satu kenyataan mengejut di White House mengutuk keras serangan tersebut dan menyampaikan mesej secara terus kepada Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menghentikan serangan.
00:47Trump berkata pentadbirannya sedang memberikan tekanan besar kepada Rusia dan menyifatkan serangan itu sebagai tidak perlu serta berlaku pada masa yang sangat tidak sesuai ketika rundingan damai sedang dijalankan.
01:01Tegasnya beberapa hari akan datang sangat penting kerana rundingan sedang berjalan sekarang dan beliau merasakan ia hampir mencapai persetujuan damai.
01:11Trump menambah Washington turut memberikan tekanan ke atas Ukraine.
01:14Setiausaha negara Amerika Syarikat, Marco Rubio dalam sidang media sama memaklumkan bahawa rundingan lanjut antara Amerika Syarikat, Ukraine dan Rusia dijadualkan berlaku pada hujung minggu ini.
01:27Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO turut mengesahkan bahawa Kiev sedang berusaha ke arah penyelesaian dan kini bola berada di gelanggang Rusia.
01:36Trump turut mengkritik Presiden Ukraine Vladimir Zelensky berhubung kenyataannya sebelum ini mengenai Crimea dan pernah menggelar Zelensky sebagai diktakter.
01:47Dalam pada itu, rundingan damai yang berlangsung di London tetap diteruskan walaupun kehadiran wakil Amerika telah dikurangkan.
01:53Terima kasih telah menonton!

Recommended