Tragedi melanda di tapak pembinaan Rawang apabila seorang pekerja warga asing maut selepas ditimpa batang cerucuk konkrit.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja menegakkan cerucuk.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja menegakkan cerucuk.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang pekerja warga asing maut selepas ditimpa batang cerucuk konkret yang terlucut daripada pencakut ketika menjalankan kerja dekat sebuah tapak pembinaan di Rawang, Selangor pada 24 April lalu.
00:13Jabatan Keselamatan dan Kesehatan Pekerjaan JKKP Selangor dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan kejadian berlaku pada 8.40 pagi.
00:22Dan ketika kejadian, mangsa bertugas sebagai pengendali jentera cerucuk itu dan sedang menjalankan kerja-kerja menegakkan batang cerucuk.
00:29Ujar JKKP ketika proses menarik dan menegakkan cerucuk, satu cerucuk yang diangkat terlucut daripada pencakut dan jatuh mengenai kabin jentera menyebabkan mangsa panik dan melompat keluar.
00:45Malangnya mangsa ditimpa cerucuk dan mengalami kecederaan parah.
00:49Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital Sungai Buloh.
00:54Berikutan kejadian JKKP Selangor mengeluarkan surat arahan larangan kacau ganggu di lokasi sehingga siasatan selesai dan notis larangan bagi menghentikan aktiviti pemasangan cerucuk.
01:05Siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan.
01:09Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15-1 Akta Keselamatan dan Kesehatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM500,000 terhadap majikan sekiranya didapati bersalah.
01:21Terima kasih kerana menonton!