Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Pilihan Raya Singapura mengesahkan dua pemimpin PAS Malaysia cuba campur tangan dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) di Singapura.
Tindakan ini melanggar undang-undang pilihan raya negara tersebut.
Tindakan ini melanggar undang-undang pilihan raya negara tersebut.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Ini adalah perkembangan pertama untuk global. Dua pemimpin PAS dari Malaysia dipercayai cuba campur tangan dalam pilihan raya umum 2025 GE 2025 di Singapura.
00:11Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Erwal dalam Negeri MHA dan Jabatan Pilihan Raya ELD Singapura dalam satu kenyataan bersama. Pada Jumaat.
00:21Kata kenyataan bersama itu, individu dikenal pasti tersebut ialah Bendahari Agong PAS Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamid Sukri Omar.
00:33Susulan itu, MHA dan ELD mengeluarkan arahan menyekat hantaran tersebut di bawah Seksyen 61N Akta Pilihan Raya Parlimen PAA.
00:42Tekas MHA dan ELD menjadi satu kesalahan bagi warga asing mengarah, membiayai atau mempengaruhi pilihan raya Singapura.
00:50Ujah kenyataan, politik Singapura mestilah rakyat Singapura sahaja yang membuat keputusan.
00:55Sebelum ini, media melaporkan Iskandar dalam hantaran di Facebook menyatakan sokongannya kepada beberapa calon pembangkang dalam GE 2025.
01:02Seperti calon parti pekerja WP Faisal Manap dan calon parti demokratik Singapura, STP Daman Huri Abbas.
01:09Beliau menyatakan kesedihan sekiranya Faisal kalah.
01:11Walaupun banyak berjasa termasuk membangkitkan isu tudung di Parlimen dan secara tidak langsung tulis memuji ketegasan ucapan Daman Huri semasa hari penamaan calon.
01:21Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan cuba campur tangan dalam pilihan raya Singapura.
01:25Mohd Sukri pula dilaporkan memuat naik semula hantaran bekas warga Singapura, Zulfiqar Mohd Sharif, yang menukar kewarganegaraannya kepada Australia pada 2020.
01:34Hantaran itu menyentuh isu pemakaian hijab di Singapura dan mendakwa ahli parlima Melayu tidak boleh menjadi harapan masyarakat Islam.
01:41Terima kasih telah menonton!