Mangione, 26 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Daerah Amerika Syarikat, Margaret Garnett.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Luigi Mangione mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif United Healthcare Brian Thompson di New York tahun lalu.
00:09Mangione 26 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Daerah Amerika Syarikat Margaret Garnett sehari selepas pihak pendakwaan menuntut hukuman mati terhadap dirinya.
00:21Sebelum ini Mangione turut mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan di New York berhubung insiden pembunuhan tersebut.
00:28Pendakwa raya dalam pemfailan mahkamah menyatakan keputusan menuntut hukuman mati dibuat kerana Mangione dilihat sebagai ancaman untuk masa depan.
00:38Ia kerana Mangione pernah menyatakan niat untuk menyerang semua pihak berkepentingan dalam industri insurans.
00:44Sebelum itu, Peguam Negara Amerika Syarikat Pambondi mengumumkan Jabatan Kehakiman akan menuntut hukuman mati ke atas Mangione dengan pemfailan rasmi dibuat oleh Pejabat Peguam Daerah Manhattan.
00:55Peguam Mangione menyifatkan pengumuman bondi itu sebagai bermotifkan politik dan melanggar protokol kerajaan berhubung keputusan hukuman mati.
01:04Mangione kini ditahan di penjara persekutuan di Brooklyn.
01:07Terima kasih telah menonton!
01:09Terima kasih telah menonton!