Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sebuah bot yang membawa lebihan penumpang di Pulau Ketam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor. Bot tersebut didapati melanggar pelbagai syarat sah lesen dan insurans yang telah tamat tempoh.
Transcript
00:00Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di kedudukan 0.15 Batu Nautika Tenggara Sungai 5, Pulau Ketam pada 6.15 petang Sabtu.
00:14Pengarahnya Kapten Maritim Abdul Muhaimin Mohamad Saleh berkata, bot penumpang yang syarat dengan 78 individu itu ditahan ketika pihaknya sedang melaksanakan rutin rondaan dan operasi Hasmardof di perairan Selangor pada Sabtu.
00:30Hasil pemisahan awal terdapat dua lelaki tempatan masing-masing berusia 60 tahun bertindak selaku nakoda bot dan kru berusia 18 tahun.
00:38Bot itu terus melakukan pelbagai kesalahan lain mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu lesen dan insurans telah tamat tempoh.
00:52Antara lain melakukan pengubahsuaian yang jelas melanggar syarat tersebut.
00:56Abdul Muhaimin berkata, bot dan nahoda dibawa ke JT Pasukan Polis Semerim Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat maritim Selangor untuk tindakan lanjut.
01:09Kes disiatat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
01:13Terima kasih telah menonton!
01:18Terima kasih telah menonton!

Recommended