Bekalan elektrik di Sepanyol dan Portugal mula pulih selepas gangguan besar pada Isnin yang melumpuhkan pengangkutan, hospital, dan menyebabkan darurat kebangsaan diisytihar.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bekala elektrik mula kembali ke beberapa bahagian semenanjung Iberia lewat Isnin selepas gangguan besar melumpuhkan sebahagian besar Spanyol dan Portugal.
00:10Gangguan tersebut menyebabkan penerbangan tergendala, pengakutan awam terhenti serta operasi rutin hospital terpaksa ditangguhkan.
00:19Di Spanyol, bekala elektrik mula pulih di kawasan Besky dan Barcelona pada awal petang Isnin diikuti beberapa bahagian di Madrid menjelang malam hari yang sama.
00:28Menurut pengendali grid kebangsaan, kira-kira 61% bekala elektrik telah berjaya dipulihkan menjelang lewat malam Isnin.
00:37Manakala syarikat Enagas melaporkan bahawa mereka telah mengaktifkan sistem kecemasan untuk memenuhi permintaan tenaga semasa krisis.
00:46Pemulihan penuh sistem elektrik dijangka mengambil masa beberapa jam namun usaha pemulihan sedang berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak berkaitan.
00:54Dalam satu video yang disiarkan di platform X, Datuk Bandar Madrid Jose Luis Martinez Almeida memaklumkan pencahayaan jalan raya di bandar itu belum pulih sepenuhnya.
01:05Belum menggesa orang ramai supaya kekal di rumah bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan beroperasi tanpa halangan.
01:11Di Portugal, bekala elektrik juga dilaporkan semakin pulih di beberapa kawasan perbandaran termasuk pusat bandar Lisbon.
01:20Pengendali grid RIN menyatakan 85% daripada 89 stesen jenuh kuasa telah kembali beroperasi menjelang lewat malam Isnin.
01:28Terima kasih telah menonton!