Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Polis menahan bekas pekerja gudang kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen cip jenis PMU0123 bernilai RM120,000 milik sebuah syarikat elektronik multinasional yang beroperasi di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas Pulau Pinang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, di Bayan Lepas, polis menahan bekas pekerja gudang kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen cip jenis PMU-0123 bernilai RM120,000 milik sebuah syarikat elektronik multinasional yang beroperasi di zon perindustrian bebas Bayan Lepas.
00:20Ketua Polis Daerah Barat Daya SCP, Sazali Adam berkata, lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan di Pekarangan Balai Polis Teluk Kumbar pada Rabu bagi membantu siasatan kes itu.
00:32Siasatan awam mendapati pihak syarikat telah membuat semakan audit, audit dalaman dan meneliti CCTV sebelum mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pekerja sebagai individu yang mencurigakan.
00:43Katanya berdasarkan siasatan, suspek dipercayai telah mengambil sebanyak 8 unit cip dari store syarikat dan menjualnya kepada individu tidak dikenali di kawasan hentian bas hadapan sebuah kilang di situ.
00:57Polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Recommended