Pulau Pinang menarik pelaburan pembuatan bernilai RM17.3 bilion pada 2024, mencipta lebih 16,000 pekerjaan dan mengukuhkan kedudukan sebagai hab teknologi utama Malaysia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hak pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia apabila mencatat kelulusan pelaburan pembuatan bernilai RM17.3 bilion pada tahun 2024.
00:14Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chowkan Yao, pelaburan tersebut membibatkan 182 projek yang berjaya dimujudkan hampir 16,254 peluang pekerjaan sepanjang tahun lalu,
00:25segaligus memperkukuh sektor tenaga kerja negeri itu.
00:30Beliau menyatakan seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan prestasi pelaburan yang memperangsangkan, pasaran buruh bagi Pulau Pinang terus menunjukkan pengukuhan ketara.
00:41Berdasarkan data terkini survei tenaga buruh STB bagi suku keempat tahun 2024, kadar pengangguran di Pulau Pinang direkodkan pada tahap rendah 2.2% mencerminkan keyakinan pasaran buruh yang stabil.
00:54Pulau Pinang terus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh KPDB sebanyak 73.2% yang menunjukkan peningkatan keyakinan rakyat terhadap peluang pekerjaan serta kecenderungan untuk kembali aktif dalam pasaran buruh.
01:09Beliau terus menekankan bahawa negeri itu telah mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi perdagangan antarabangsa yang strategik, khususnya dalam sektor elektronik dan semikonduktor yang sedang berkembang pesat.
01:22Sempena sambutan Hari Pekerja, beliau mengulangi komitmen kerajaan negeri untuk terus memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja melalui dasar inklusif, program latihan kebahiran serta penciptaan pekerjaan bernilai tinggi.
01:34Terima kasih telah menonton!