Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Wakil Perdagangan AS menjangkakan beberapa perjanjian tarif akan dimeterai dalam minggu-minggu mendatang, namun tiada rundingan rasmi sedang berlangsung dengan China dan rundingan dengan India masih jauh.
Transcript
00:00Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjangkakan beberapa perjanjian perdagangan awal dengan rakan dagang utama Amerika Syarikat akan dimetamatkan dalam tempoh beberapa minggu.
00:11Bagaimanapun menurut Wakil Perdagangan Amerika Syarikat USTR Jameson Greer, rundingan dengan India masih belum menunjukkan kemajuan ketara dan tiada rundingan rasmi sedang berlangsung bersama China.
00:23Dalam wawancara bersama saluran Fox News, Greer menjelaskan pentadbiran Trump kini memberi keutamaan kepada perjanjian perdagangan yang bersifat terarah.
00:34Langkah itu adalah bagi meningkatkan akses pasaran untuk ekspor Amerika Syarikat, mengurangkan kadar tarif serta halangan bukan tarif dan dalam sesama memperkukuh keselamatan ekonomi negara.
00:45Belum menyatakan beberapa perjanjian perdagangan kini hampir dimaterai dan proses pemuktamatkannya dijangka mengambil masa beberapa minggu sahaja bukan berbulan.
00:55Bagaimanapun perincian lanjut tidak dapat diumumkan atas dasar kerahsiaan proses rundingan.
01:00Sebelum ini beberapa pegawai pentadbiran terus memaklumkan perjanjian dengan salah satu rakan dagang utama telah dicapai.
01:07Namun masih menunggu kelulusan rasmi daripada Parlimen dan Ketua Kerajaan Negara tersebut.
01:11Mengulas mengenai rundingan dengan India, Greer menjelaskan proses tersebut masih jauh daripada penyelesaian yang muktamat
01:17walaupun beliau sering berkomunikasi dengan Menteri Perdagangan India dan mengenakan pertemuan bekala bersama wakil negara berkenaan.
01:25Mengenai China pula, Greer menyatakan tiada rundingan rasmi sedang berlangsung ketika ini
01:29walaupun beliau telah mengenakan perbualan telefon dengan Naib Perdana Menteri China, He Li Feng pada 2 April lalu
01:36bagi memaklumkan pengenaan tarif balas oleh Amerika Syarikat.
01:41Terima kasih.
01:42Terima kasih.
01:43Terima kasih.

Recommended