Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) hari ini mengumumkan pengambilalihan saham Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) daripada Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Transcript
00:00Bank Pembangunan Malaysia Berhad BPMB pada Khamis mengumumkan pengambil alihan saham Export-Import Bank of Malaysia Berhad, Exim Bank dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad, SME Bank daripada Menteri Kewangan diperpadankan.
00:17BPMP dalam kenyataan berkata, urus niaga itu dimuktamakan berdasarkan nilai aset ketara bersih NTA Exim Bank dan SME Bank setakat 31 Desember 2023.
00:30Menurut kenyataan itu, kumpulan BPMB kini dengan Exim Bank dan SME Bank sebagai anak syarikatnya membentuk sebuah entiti yang lebih mantap untuk menyalurkan modal impak secara lebih menyeluruh menerusi ekosistem pembiayaan pembangunan.
00:43Ia berkata langkah itu selari dengan dasar-dasar utama negara, Kerangka Ekonomi Madani Malaysia, Pelan Induk Perindustrian Baharu NIMP, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara NETR, Rancangan Malaysia ke-12, Inisiatif Pelan Transformasi Ekonomi Bumi Putra 2035 atau Putra 35.
01:02Dengan gabungan tenaga kerja sedia ada seramai lebih 2,000 orang, kumpulan BPMB mampu meningkatkan kapasitinya untuk memberi impak yang lebih hebat pada skala yang lebih besar.
01:13Menerusi pengambil alihan ini, ketiga-tiga institusi berkenaan mempunyai kebolehan yang lebih kukuh untuk memperluas dan memperkasa mandat sedia ada dalam merapatkan jurang pembiayaan pembangunan negara.
01:24BPMB berkata antara fokus utama termasuk sokongan kepada usahawan Bumi Putra, pembiayaan untuk perusahaan kecil sederhana PKS, menggalakkan transaksi perdagangan masuk dan keluar serta menyokong pertumbuhan mampan.
01:38Secara kolektif bagi 2035, kumpulan BPMB telah memperuntukkan RM8.3 bilion untuk pembangunan negara menerusi program strategik bersama.
01:48Pengambil alihan itu jangka membawa sinergi dari segi hasil dan kecekapan kos dalam jangka panjang bagi menyokong pertumbuhan perniagaan pelbagai skala di Malaysia.
01:58Melangkah kehadapan, kumpulan BPMB akan melaksanakan pelan penyepaduan holistik yang memanfaatkan kekuatan dan sumber setiap entiti untuk menyokong tiga segmen pasaran yang berbeza dengan berkesan.
02:10Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa institusi kewangan pembangunan akan disusun semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank.

Recommended