Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia, Harris Idaham Rashid memberi jaminan Sidang Khas Dewan Rakyat pada 5 Mei akan datang bakal dimanfaatkan blok Perikatan Nasional (PN) untuk melontarkan idea untuk pertimbangan kerajaan dalam menangani tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS). #DialogTigaPenjuru
Transcript
00:00Dan saya juga berbesar hati jika sidang pas pada minggu hadapan iaitu 5 Mei itu digunakan sebaiknya untuk membincangkan tentang pelan-pelan ataupun cadangan-cadangan yang bernas daripada kedua-dua pihak dan permulaan sidang itu tidaklah dimulakan dengan pendekatan ataupun suara-suara terpekik, terlolong seperti mana yang kita lihat dalam sidang Dewan yang sebelum ini.
00:26Bagi saya perlu gunakan ruang ini untuk memperlihatkan kematangan, ketepikan perbezaan politik.
00:33Jadi Haris bagaimana pembangkang yang gunakan sidang khas parlimen akan datang ini untuk mencadangkan dasar yang konstruktif dan memanfaatkan negara dan bukan hanya berdasarkan garisan parti atau hanya untuk menjadi kontrarian dan tidak setuju dengan apa saja yang kerajaan lakukan.
00:48Ya baik, terima kasih. Saya bersetuju dengan pendapat sahabat sebelum ini bahawa isu tarif ini, isu merendasi parti adalah merupakan satu isu negara, kerajaan bersama pembangkang, civil servant dan juga adali peniagaan Malaysia perlu berganding bahu,
01:09memikirkan solusi-solusi perancangan-perancangan untuk memastikan bahawa Malaysia sebagai negara dapat menangani masalah ini dengan strategik, dengan baik dan dengan pintar.
01:20Jadi berkenaan dengan perikatan nasional tentunya kami akan mengetarakan pandangan-pandangan, cadangan-cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan dan insyaAllah hasil kumpulan idea-idea bernas itu
01:36Malaysia dapat keluar daripada kenaikan tarif ini dengan ekonomi resilient yang tersendiri.
01:47Cumanya mungkin daripada segi keputusan-keputusan itu masih belum mendapat satu keputusan yang konkret lah yang boleh dikongsikan kepada rakyat.
01:57Kita juga tidak mahu memberikan ataupun mengkongsikan sebarang berita yang tidak sahih ataupun yang masih belum dapat sebarang pengesahan kerana itu akan mengundang reaksi pasaran yang tidak menentu jika berlaku sebaliknya.
02:11Jadi sebab itu saya kira bila kerajaan mengambil keputusan untuk memanggil satu sidang khas, ini adalah satu signal yang kuat sebenarnya kepada rakyat menunjukkan bahawa kerajaan mengambil serius isu tarif ini
02:27dan mengambil jemput pihak pembangkang untuk sama-sama duduk bersidang di parlimen untuk kita mencapai kata sepakat, berbincang bagaimana untuk kita keluar daripada kemulut ini
02:39dan saya kira sidang khas ini juga susulan daripada sidang khas ini akan lebih banyak komunikasi dan juga rindu-rindu yang akan dikongsikan hasil daripada pembincangan dengan pihak-pihak sama ada di US ataupun mana-mana pihak juga.
02:53Terima kasih.

Recommended