Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan komited dalam usaha membangunkan infrastruktur di kawasan perumahan Felda generasi kedua hingga keempat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan komited dalam usaha membangunkan infrastruktur di kawasan perumahan Felda generasi ke-2 hingga ke-4.
00:11Ahmad Zahid berkata, kerajaan menyedari keperluan perumahan untuk generasi tersebut amat kritikal dan memlukan bantuan kerajaan persekutuan.
00:19Beliau berkata, susulan itu, rundingan bersama Kementerian Kewangan akan diadakan bagi membincangkan peruntukan diperlukan untuk melaksanakan projek infrastruktur berkenaan.
00:32Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Perak yang telah menyantuni keperluan rumah generasi ke-2 hingga ke-4 Felda.
00:42Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, walaupun Felda di bawah jawatan Perdana Menteri, kementeriannya tetap komited membantu permasalahan dihadapi seluruh warga tanah rancangan itu.
00:55Kerajaan juga komited melunaskan hutang yang ada, termasuk dalam sidang belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebut hampir RM1 bilion setiap tahun dibayar oleh Kementerian Kewangan sebagai komitmen untuk menyelesaikan hutang Felda.
01:10Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Lembaran Kasih Aidilfitri bersama warga Felda di Padang Awam Palong III, Jempol Negeri Sembilan.