Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menghidupkan semula perkhidmatan kereta api terus antara Kuala Lumpur dan Bangkok tanpa memerlukan pembinaan landasan baharu, bermula tahun ini.
Transcript
00:00Malaysia dan Thailand berhasrat menghidupkan semula perkhidmatan kereta api terus antara Kuala Lumpur dan Bangkok tahun ini.
00:07Perkhidmatan ini akan menggunakan landasan sedia ada yang menghubungkan Bangkok, Panang Besar, Butterworth dan Kuala Lumpur menurut Menteri Pengangkutan Anthony Lok.
00:17Perkhidmatan ini boleh dilaksanakan dalam masa terdekat kerana tidak memerlukan pembinaan trek baru,
00:22sebaliknya hanya memerlukan koordinasi operasi, pemasaran serta kerjasama dalam penjualan tiket antara kedua-dua negara.
00:30Kereta Api Tanah Melayu Berhad KTM dan State Railway of Thailand SRT telah diberikan tempoh tiga bulan untuk membuat persiapan awal
00:39sebelum perkhidmatan ini dapat dimulakan secara rasmi.
00:42Lok berkata demikian selepas mengakhiri lawatan kerja sehari ke Thailand perjumaat
00:46di mana beliau mengadakan pertemuan bersama timbalan Perdana Menteri berangkat Menteri Pengangkutan Thailand, Surya Juangrong Ruangkit.
00:54Selain itu, Thailand turut mencadangkan sambungan perkhidmatan kereta api dari Sungai Golok ke Rantau Panjang dan Pasir Mas
01:00yang dilihat sebagai langkah positif untuk pembangunan ekonomi setempat.
01:04Cadangan sambungan ini berpotensi meningkatkan ekonomi serta pendapatan penduduk di kawasan terbabit
01:09namun memerlukan masa untuk pemulihan semula landasan yang telah lama tidak digunakan.
01:14Landasan kereta api di kawasan Rantau Panjang dan Sungai Golok perlu menjalani kerja-kerja pemulihan terlebih dahulu
01:20bagi pemulihan sambungan perkhidmatan ini diaktifkan semula secara berperingkat.

Recommended