Pada 2024, Kementerian Kesihatan Malaysia merampas 21,571 produk ubat-ubatan, kosmetik dan bahan mentah tidak sah dengan nilai RM37.5 juta.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Ngeri melihat lambakan ubat-ubatan menjanjikan manfaat pelbagai, kebanyakannya dipasarkan platform media sosial dan e-dagang.
00:09Kementerian Kesihatan memberi amaran, bahana menanti sekiranya mengambil ringan penggunaan produk tidak sah itu.
00:16Ingat, bukan semua boleh sewenang-wenangnya menjadi pakar.
00:19Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad memberitahu, seorang doktor bertawliah mengambil masa meneliti preskripsi bersesuaian berdasarkan kondisi pesakit.
00:33Antara aspek ditumpukan adalah jenis penyakit, dos, kekerapan dan waktu diberikan bagi mengelakkan kesan sampingan berbahaya.
00:42Dua permataan serius, implikasi kepada kesihatan yang datang dengan apa?
00:49Kegagalan buah pinggang, liver dan yang lain yang akan melibatkan morbidity, bukan mortality.
00:58Yang ini yang lebih saya mahu perhatikan sebab ini adalah yang mereka hidup untuk menderita.
01:05Mereka hidup tetapi dengan kegagalan buah pinggang.
01:08Satu pesakit dan kegagalan buah pinggang, kerajaan bayar sekurang-kurangnya RM5,000 per tahun seorang.
01:14Ingat itu?
01:15Jadi, ini adalah kemahiran yang berat-berat tidak tahu.
01:20Pada 2024, KKM merampas 21,571 produk ubat-ubatan, kosmetik dan bahan mentah tidak sah dengan nilai RM37.5 juta.
01:31Ia terdiri daripada 17,670 produk suplemen dan 3,941 barangan kosmetik.
01:41Sebagai tindakan proaktif, KKM menggerakkan program kembara tolak ubat tidak sah atau TOBATS,
01:47bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
01:53Terima kasih kerana menonton!