Polis sedang menyiasat kes seorang wanita berusia 42 tahun yang didakwa hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lepas.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Berita yang baru kami terima, polis memaklumkan setakat ini tiada sebarang wang tebusan diminta dalam kes Datin Sri Pamela Lingyueh yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada 9 April lalu.
00:23Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Rusli Muhammad Isa memberitahu pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wanita berusia 42 tahun itu di Balai Polis Pesin 7 Putrajaya pada 3-2 minit petang hari sama.
00:39Beliau berkata mangsa dijadualkan hadir memberi keterangan di SPRM mengenai satu siasatan yang sedang dicalankan dan ketidakhadirannya disahkan oleh pihak SPRM.
00:50Menurutnya ia bukan kali pertama Ling hadir ke SPRM untuk memberi keterangan.
00:55Kehubungan itu beberapa saksi lain termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa telah dirakamkan keterangan untuk membantu siasatan.
01:03Rusli berkata satu laporan polis juga telah dibuat oleh peguam mangsa di Seri Kembangan berkaitan kehilangan anak guamnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Kesiksaan.
01:13Sementara itu keluarga mangsa menerusi kenyataan media memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan supaya segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.
01:23Adik mangsa Simon Ling Wan Siong berkata kakaknya telah menghantar pesanan WhatsApp kepada peguamnya pada 1.57 tengah hari mengatakan wanita itu dalam perjalanan ke SPRM Putrajaya dan dijangka tiba pada 2.08 minit petang dengan menaiki kereta perkhidmatan e-healing.
01:40Bagaimanapun mangsa gagal dihubungi selepas pukul 2 petang.
01:45Dalam hari itu Grab Malaysia juga mengesahkan perjalanan terbabit ditandakan sebagai selesai tetapi tiada maklumat lanjut diperoleh selepas itu.
01:53Terima kasih telah menonton!