Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda zon maritim Selatan Chile pada Jumaat, mencetuskan amaran tsunami di wilayah Magallanes.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Gempa bumi kuat bermagnitude 7.5 melanda zon maritim selatan Chile pada Jumaat mencetuskan amaran tsunami di wilayah Magallanes.
00:09Menurut kenyataan Pusat Seismologi Nasional Universiti Chile, gempa itu berlaku pada 8.58 waktu pagi tempatan
00:16dengan pusat gempa terletak 218km di selatan Puerto Williams, kira-kira 3,500km dari Ibu Negara Santiago.
00:25Menurut pihak berkuasa, gegaran pada kedalaman 10km itu turut dirasai di kawasan sekitar.
00:31Perkhidmatan pencegahan dan tindak balas bencana negara Chile berkata, penilaian kerosakan sedang dijalankan.
00:38Perkhidmatan hidrografi dan oceanografi tentera laut Chile pula mengeluarkan amaran tsunami.
00:43Penduduk di kawasan pantai wilayah Magallanes dan wilayah Antartika Chile dikesa berpindah ke kawasan selamat serta menjauhi pantai.
00:51Chile yang terletak di lingkaran api pasifik merupakan antara negara paling aktif dari segi seismik di dunia.

Recommended