UPKO komited mempertahankan kerusi Kadamaian dan bersedia menghadapi PRN Sabah ke-17 dengan strategi kerjasama serta penekanan terhadap kepentingan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu, APKO, komited untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Kadamayan dalam pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17.
00:11Parti itu juga menyasarkan penambahan kemenangan di beberapa kawasan lain bagi memperkukuh kedudukan politiknya.
00:20Presidennya Dato' Iwan Benedict menyatakan parti tersebut akan sentiasa bersiap-siaga menghadapi PRN sebagai komponen dalam Pakatan Harapan PH
00:28sambil meneruskan rundingan dalaman bersama PH Sabah serta perbincangan tidak rasmi dengan gabungan politik lain.
00:36Beliau menekaskan setiap keputusan parti perlu berpandukan kepada tujuan dan matlamat penubuhan APKO
00:41serta ditunjangi pertimbangan yang rasional dan strategik demi masa depan Sabah serta kebajikan rakyatnya.
00:48Iwan yang juga penggerusi PH Sabah menekankan selepas lebih enam dekad menyertai Persekutuan Malaysia,
00:54rakyat Sabah wajar menilai pencapaian pembangunan dari segi infrastruktur, ekonomi, takbir urus dan kerjasama politik
01:02di samping memperkukuh nilai kepimpinan negeri.
01:05Beliau pernah memenangi kerusi Don Kandamayan dalam PRN yang lalu dengan majoriti sebanyak 3,459 undi dalam persaingan enam penjuru
01:14dan kini terus berusaha memperkuat kedudukan parti.
01:17Menggunakan selanjutnya, beliau menyatakan PRN Sabah kali ini sepatutnya dijadikan medan penting
01:21untuk menilai tahap perpaduan rakyat serta kesepakatan antara parti-parti politik di negeri tersebut.
01:28APKO katanya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang berkongsi wawasan dan aspirasi yang serupa
01:33sama ada parti tempatan mahupun nasional demi masa depan rakyat.