Wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan menggesa penduduk berhampiran sempadan dengan India supaya menyimpan stok makanan ketika ketegangan semakin memuncak antara kedua-dua negara selepas serangan bulan lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kashmir yang ditabir Pakistan menggesa penduduk berhampiran sempadan dengan India supaya menyimpan stok makanan ketika ketegangan semakin memuncak antara kedua-dua negara selepas serangan bulan lalu.
00:12Perdana Menteri Kashmir yang ditabir Pakistan Chaudhry Anwar Al-Hughat mengarahkan penyimpanan bekalan makanan bagi tempoh dua bulan di kawasan pilihan raya yang terletak di sepanjang garisan kawalan LOC.
00:24Kerajaan wilayah itu juga mewujudkan tabung kecemasan berjumlah satu bilion rupiah atau kira-kira 14.9 juta ringgit bagi memastikan bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain di 13 kawasan terlibat.
00:39Centera kerajaan dan milik persendirian turut dikerahkan untuk menyelenggara jalan raya di kawasan sepanjang LOC.
00:45India menyalahkan Pakistan dalam serangan lelaki bersenjata di kawasan pelancongan Pahalgam dalam wilayah Kashmir ditabir India pada 22 April lalu yang mengorbankan 26 nyawa.
00:57Bagaimanapun Islamabad menolak sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.
01:00Menurut tentera India, kedua-dua negara saling berbalas tembakan selama 8 malam berturut-turut di sepanjang garisan kawalan.
01:08Pada masa sama, India dan Pakistan turut mengambil pelbagai tindakan diplomatik yang bersifat menghukum.
01:13India dan Pakistan, kedua-duanya kuasa nuklear pernah terjebak dalam kancah peperangan sebanyak tiga kali sebelum ini disebabkan isu Kashmir.