Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puahb mencadangkan agar sistem pengesanan kehadiran kanak-kanak diwajibkan dalam kenderaan sekolah susulan insiden tragik kematian seorang murid tadika di Johor.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Ahli Parlimenter Brau Jimi Puah mencadangkan agar kerajaan
00:04mewajibkan pemasangan sistem pengesanan kehadiran kanak-kanak
00:07dalam semua kenderaan yang membawa murid sekolah.
00:11Cadangan itu dibuat susulan insiden kematian tragik
00:13seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di Johor pada Rabu.
00:19Menurut beliau, kejadian malang itu boleh dielakkan
00:21sekiranya penggunaan sistem keselamatan berasaskan teknologi
00:24diwajibkan dalam van dan bas sekolah sebagai langkah percengahan awal.
00:28Beliau turut mengingatkan pada Februari 2024
00:31seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun juga meninggal dunia
00:35setelah ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama kira-kira 4 jam.
00:40Puah menyarankan agar kerajaan memperbanyakkan kempen kesedaran
00:43terutamanya kepada pemandu van dan bas sekolah
00:46serta ibu bapa bagi meningkatkan keprihatinan terhadap keselamatan
00:50dan kebajikan kanak-kanak dalam kenderaan.
00:53Pada kamis, Ketua Polis Iskandar Puteri Asisten Komisioner M. Kumarasen
00:57mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 56 tahun
01:00telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian tersebut.
01:05Pihak polis turut memaklumkan bahawa suspek tidak mempunyai
01:07sebarang rekod jenayah lampau dan keputusan ujian saringan dadah
01:11ke atas dia menunjukkan keputusan negatif.
01:13Mangsa seorang pelajar tadika dipercayai tertinggal secara tidak sengaja
01:17di dalam van selepas pemandu selesai menghantar pelajar lain
01:20ke tadika kira-kira jam 7.30 pagi.
01:23Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri
01:26di dalam van berkenaan sekitar jam 12.30 hari
01:29dan disahkan telah meninggal dunia
01:31akibat pendedahan berpanjangan dalam kenderaan tertutup.