Tentera Israel pada Isnin mengumumkan bahawa majoriti penduduk Semenanjung Gaza akan dipindahkan dalam operasi ketenteraan berskala besar yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dalam perkembangan sama, tentera Israel berumum majoriti penduduk semenjung Gaza akan dipindahkan dalam operasi ketenteraan berskala besar yang bahkan dilancahkan dalam masa terdekat.
00:11Pengumuman itu sekaligus meningkatkan kebimbangan terhadap pengusiran paksa secara besar-besaran.
00:19Juru cakap tentera Israel, Brigjen F.E. Defrin berkata, operasi itu akan merangkumi serangan meluas serta pemindahan sebahagian besar penduduk Gaza ke wilayah selatan.
00:30Katanya operasi itu akan melibatkan tindakan ofensif berskala besar termasuk pemindahan majoriti penduduk Gaza.
00:36Langkah itu diumumkan selepas Kabinet Israel meluluskan satu pelan strategi untuk menawan keseluruhan Gaza dan mengkalkan kehadiran tenteranya di wilayah Palestine tersebut untuk tempoh yang tidak dinyatakan.
00:49Walaupun masih belum jelas bila dan bagaimana ia akan dilaksanakan.
00:53Rancangan itu dijangka memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang melanda Gaza dan dijangka menerima kecaman hebat masyarakat antarabangsa.
01:02Pelan tersebut juga memperuntukkan pemindahan ratusan ribu rakyat Palestine ke kawasan selatan Gaza, sesuatu yang dilihat sebagai bentuk pengusiran paksa yang melanggar undang-undang antarabangsa.
01:13Terima kasih telah menonton!