Dalam kenyataan pada Selasa, TUDM memaklumkan insiden berlaku ketika pesawat itu melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 5.00 petang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM, mengesahkan berlakunya kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk yang mengalami masalah nose landing gear.
00:10Katanya dalam kenyataan, insiden berlaku ketika pesawat itu melakukan pendaratan di lapangan terbang Sultan Abdul Halim pada pukul 5 petang selasa.
00:18Katanya pesawat itu sedang menjalani latihan opening gambit untuk acara pembukaan pameran maritim dan ero angkasa antarabangsa Langkawi 2025 atau 525.
00:31Juruterbang pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:36Susulan insiden TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.
00:42Sementara itu, Malaysia Airports memaklumkan landasan lapangan LTSA-H ditutup sementara susulan insiden tersebut.
00:50Bagaimanapun, lapangan terbang itu dibuka semula pada pukul 8 malam selepas kerja pemindahan pesawat dan pembersihan landasan selesai.