Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Suami Pamela Ling Yueh adalah antara indivdu yang dipercayai suspek dalam kes kehilangan wanita itu.
Transcript
00:00Suami Pamela Ling antara individu yang dipercayai suspek dalam kes kehilangan wanita berusia 42 tahun itu.
00:07Bercakap kepada Isro Awani, Ketua Polis Negara Tan Sri Razaluddin Husin berkata,
00:12selain suami mangsa, pihaknya juga sedang mengenalpasti beberapa individu lain yang mungkin terbabit dalam kejadian itu.
00:19Katanya setakat ini polis sudah merekod keterangan 16 individu termasuk lelaki itu.
00:24Menurutnya suami Pamela masih berada di Malaysia.
00:27Berhubung motif kejadian, Razaluddin berkata pihaknya masih sedang menyiasat bagi mengenalpasti punca sebenar kehilangan wanita itu.
00:35Sementara itu Razaluddin memaklumkan, beliau sendiri akan mempengurusikan mesyuarat siasatan bagi mendapat perincian lanjut.
00:43Pamela Ling dilaporkan hilang pada 9 April lalu selepas menaiki sebuah kenderaan e-healing dari ceras dalam perjalanan ke pejabat SPRM Putrajaya.
00:52Dia dijadwalkan menghadiri satu pertemuan rakam keterangan oleh SPRM berhubung siasatan berkaitan pengubahan wang haram.

Recommended