Media tempatan melaporkan bas itu dalam perjalanan dari Bukittinggi menuju ke Padang apabila didakwa mengalami kegagalan brek ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat pada pagi selasa.
00:10Menurut pengarah Polis Trafik Sumatera Barat Reza Khairul Akbar Siddiq, pemandu bas hilang kawalan di kawasan berbukit Curam menyebabkan kenderaan itu terbalik.
00:20Ketika kejadian, bas membawa 34 penumpang dilaporkan ramai mangsa masih terperangkap di bawah kenderaan tersebut.
00:30Seluruh korban sudah dievakuasi dan dirawat di rumah sakit umum daerah kota Padang Panjang.
00:36Dari hasil keterangan sementara kan kemudian tidak bisa mengendalikan laju kendaraannya.
00:42Apa penyebabnya apa itu nanti dari hasil penyelidikan.
00:46Daripada 23 mangsa yang cedera, 13 daripadanya dilaporkan mengalami kecederaan serius manakala pemandu dalam keadaan kritikal.
00:55Siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan.
01:02Media tempatan melaporkan bas itu dalam perjalanan dari Bukit Tinggi menuju ke Padang apabila dakwa mengalami kegagalan break ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.
01:14Terima kasih telah menonton!
01:16Terima kasih telah menonton!