Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:00ASEAN 25 jam ini bersama saya Farhan Hakimi dan kita mulakan dengan laporan berikut
00:11Malaysia mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat
00:16dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau
00:20Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu dilaksanakan secara tenang dan seimbang
00:25dengan tujuan untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi
00:31Katanya sebagai pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat
00:39serta rakan dangan utama seperti Cina dan Kesatuan Eropah
00:43Jelas beliau kerajaan turut meneroka peluang perdagangan baharu dengan negara-negara yang sedang pesat membangun
00:49seperti Rusia dan Brazil
00:51Katanya ini merupakan sebahagian daripada usaha mempelbagaikan pasaran ekspor Malaysia
00:57Pendekatan ini sejajar dengan strategi ekonomi jangka sederhana negara yang memberi tumpuan
01:02kepada kestabilan makroekonomi, daya tahan perdagangan global dan peningkatan pelaburan langsung asing
01:09ASEAN perlu memperkukuh kerjasama iklim susulan penarikan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian Paris dan pengenalan tarif baharu
01:22Menteri Sumber Asli dan Kelasteran Alam Nick Nazmi Nick Ahmad berkata
01:26Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan memimpin usaha serantau sekiranya diperlukan
01:32Tegas beliau krisis iklim tidak boleh ditangani secara bersendirian
01:37sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh dirantau ini
01:40Menurutnya ASEAN memiliki kelebihan tersendiri seperti sumber semula jadi
01:44pasaran yang berkembang dan masa depan yang saling berkait
01:47Justeru katanya kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan institusi akademik amat penting bagi mengukuhkan tindakan iklim bersama
01:57Nick Nazmi berkata Malaysia tetap komited untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif melalui rundingan dua hala dan serantau
02:05Namun pada masa sama agenda kerjasama iklim perlu diteruskan tanpa halangan
02:09Ini selari dengan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050
02:16Beliau juga menjelaskan peralihan kepada ekonomi hijau dilihat sebagai satu peluang
02:21khususnya dalam sektor tenaga boleh diperpaharui seperti kecukapan tenaga, pembuatan panel solar, kenderaan elektrik dan teknologi hidrogen hijau
02:30Vietnam dalam proses membahaskan draft undang-undang sains, teknologi dan inovasi yang bertujuan menggantikan undang-undang sedia ada sejak 2013
02:42Draf ini dijangka diluluskan pada Oktober 2025 dengan menekankan peranan sains dan teknologi sebagai asas pembangunan negara
02:51Secara dasarnya ia mencadangkan peningkatan peruntukan belanjawan negara untuk sains, teknologi dan inovasi daripada 2% kepada sekurang-kurangnya 3%
03:02Buat pertama kali istilah dan pembangunan inovasi diiktiraf setara dengan sains dan teknologi dalam undang-undang ini
03:09Ia memperkenalkan pelbagai mekanisme untuk menyokong aktiviti inovasi terutamanya dalam perusahaan serta menggalakkan pertumbuhan institusi perantaraan seperti pusat sokongan inovasi, syarikat pemula dan dana modal teroka
03:24Draf ini juga mencadangkan agar pekerja sains dan teknologi di agensi awam dibenar menubuh dan mengurus perusahaan sendiri untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan mereka
03:35Antara lain, draft ini mencadangkan pemindahan hak milik hasil penyelidikan yang dibiayai oleh belanjawan negara kepada entiti yang bertanggungjawab bagi menggalakkan pelaburan dan usaha pengkomersilan
03:48Dewan Perniagaan dan Perindustrian China-Malaysia ACCCIM dan Dewan Perniagaan Kemboja bekerjasama dalam usaha meningkatkan hala tujuh ekonomi serta perdagangan dua hala
04:01Kedua-dua pihak telah memperai Memorandum Persefahaman MOU pada Selasa bagi memuktamatkan kerjasama itu secara rasmi
04:09Presiden ACCCIM, Datuk Enggih Ping berpandangan Kemboja mempunyai potensi besar untuk dikembangkan selain mahu menggalakkan usaha mampan di Asia
04:20MOU itu antara lain untuk menetapkan rangka kerja dalam mempromosikan hubungan perdagangan dan pelaburan secara bilateral
04:27Enggih berkata ini mengambil kira statistik perdagangan dua hala Malaysia dan Kemboja yang mencecah kira-kira 3.7 bilion ringgit pada 2024
04:36dengan ekspor utama Malaysia termasuk produk petrolium, bahan kimia, tekstil dan produk mineral bukan logam
04:44Kelebihan utama Kemboja pula adalah tenaga kerja muda dan iklim pelaburan yang produktif serta sokongan dasar kerajaan
04:51Syarikat elektrik Laos EDL bersama CSUN International Joint Development Soul Company Limited akan melaksanakan projek pemindahan talian telekomunikasi dan elektrik volten rendah
05:08dari tiang elektrik ke sistem bawah tanah
05:11Ia bertujuan meningkatkan keselamatan infrastruktur elektrik serta mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan terutama ketika cuaca buruk
05:19Menerusi kenyataan EDL, pendawaian bawah tanah juga dapat mengelak risiko kebakaran dan kerosakan akibat kabel berselirat yang terdedah
05:30Langkah itu turut menyokong usaha memperkemas landscape bandar, menjadikan kawasan lebih tersusun dan modern
05:37Fasa pertama projek ini melibatkan laluan sepanjang 12km di Viantian
05:42dari persimpangan Sikai hingga ke kawasan Monumen Patukse dan Pusat Konvensyen Nasional
05:48Fasa kedua akan diteruskan keempat daerah utama di Ibu Negara
05:52manakala fasa ketiga akan diperluaskan ke seluruh negara
05:56Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelan pemodenan kerajaan Laos
06:00untuk membangunkan bandar lebih mampan, mesra penduduk dan berdaya saing pada masa depan
06:06Singapura menubuhkan sebuah entiti baharu dikenali sebagai Singapura Gas Co
06:15bagi memusatkan perolehan dan pembekalan gas asli dalam usaha peralihan tenaga ke arah masa depan yang lebih mampan
06:22Dalam kenyataan bersama oleh penguasa pasaran tenaga IME dan Singapura Gas Co
06:27syarikat milik penuh kerajaan itu ditubuhkan bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga gas
06:33sekaligus mengurangkan pergantungan kepada kontrak bekalan tunggal
06:38Singapura Gas Co dijangka berperanan penting dalam memperoleh kontrak gas yang lebih kompetitif
06:44mendapatkan bekalan daripada pelbagai sumber
06:46dan menandatangani perjanjian jangka panjang demi kestabilan jangka masa panjang
06:51Kenyataan itu berkata gas asli kini menyumbang lebih 95% penjanaan elektrik di Singapura
06:57dan akan terus memainkan peranan utama dalam menjamin keselamatan tenaga negara
07:02Dengan sasaran mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050
07:06langkah penubuhan Singapura Gas Co dilihat sebagai antara strategi utama Singapura
07:11untuk memastikan sistem tenaga yang lebih selamat, cekap dan mampat
07:16Vietnam berjaya mengutip lebih 42 triliun dong atau kira-kira 7 bilion ringgit
07:28hasil jualan bon kerajaan sepanjang April 2025
07:33Lelongan ini dilakukan sebanyak 20 kali oleh bursa saham Hanoi
07:37dengan bon yang dijual mempunyai tempoh matang antara 5 hingga 30 tahun
07:42Bon yang dilelong meliputi tempoh matang 5, 10, 15 dan 30 tahun
07:49dengan bon 10 tahun paling laris
07:51menyumbang 72.2% daripada jumlah terbitan
07:56diikuti bon 5 tahun sebanyak 23.6%
08:00Kadar pulangan kepada pembeli untuk bon ini turut meningkat berbanding March
08:05Contohnya, bon 5 tahun memberi pulangan 2.31%
08:09manakala bon 10 tahun menawarkan 3.05%
08:14Di pasaran kedua iaitu tempat bon yang sudah dibeli, dijual semula
08:19jumlah keseluruhan bon kerajaan yang tersenarai sangat besar iaitu lebih 2,000 triliun dong
08:24Bagaimanapun purata nilai jual-beli bon setiap hari pada April menurun berbanding March
08:30Pelabur asing lebih aktif tetapi mereka lebih banyak menjual daripada membeli
08:35kerana secara kebiasaan ia hanya menyumbang kira-kira 4% daripada kesemua transaksi
08:40Dasar bekerja dari rumah BDR bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel
08:50khususnya sempena sidang kemuncak ASEAN bulan ini
08:52Jabatan Perkhidmatan Awam JPA dalam kenyataan berkata pelaksanaan BDR itu bagaimanapun
08:58tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa
09:01Katanya ia seiring komitmen kerajaan Madani dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat
09:08dan kelansungan perkhidmatan awam
09:10Selaras dengan pendekatan ini, ketua jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan
09:15permohonan BDR bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan kesesakan aliran trafik
09:20sempena pelaksanaan sidang kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada bulan Mei tahun ini
09:25Langkah ini antara inisiatif kerajaan Madani dalam mengutamakan takbir urus berdaya tahan dan perhatian
09:31selaras dengan nilai teras Madani seperti kesejahteraan, isan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam
09:37JPA berkata pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan ketua jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya
09:44Jelasnya pelaksanaan dasar itu perlu berpandukan tata cara dan syarat yang digariskan dalam
09:50perkeliling perkhidmatan sumber manusia, MyPPSM
09:53Dasar BDR diperuntukkan melalui MyPPSM bertujuan mewujudkan kesimbangan antara keperluan agensi
10:00dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja kehidupan
10:07Malaysia mengetuai usaha ASEAN untuk membangunkan garis panduan penggunaan media sosial yang selamat dan bertanggungjawab
10:17Timbalan Menteri Komunikasi Tioni Ching berkata inisiatif ini bertujuan menangani cabaran yang semakin meningkat
10:24berkaitan penggunaan media sosial di rantau ini
10:26Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan Menteri ASEAN bertanggungjawab terhadap maklumat ke-17
10:35di Bandar Seri Begawan, Brunei berkata
10:38usaha itu akan menyediakan panduan seragam bagi negara anggota ASEAN
10:42Ini termasuk laporan menyeluruh mengenai peraturan media sosial dalam kalangan negara anggota
10:47serta menyokong garis panduan praktikal yang mencerminkan konteks kepelbagaian ASEAN
10:53Ni Ching menjelaskan projek itu berada dalam fasa pengumpulan maklumat dan perundingan dengan pakar sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan
11:01Beliau turut menekankan perkembangan digital telah meningkatkan risiko kepada pengguna termasuk penipuan dalam talian, gangguan saiber, ucapan kebencian dan penyebaran maklumat palsu
11:11Perbezaan dalam pendekatan peraturan dalam kalangan negara ASEAN menyebabkan pelindungan yang tidak seimbang kepada rakyat dan cabaran dalam pengatkuasaan rentas sempadan
11:21Ni Ching menyeru negara-negara anggota ASEAN untuk bekerjasama dalam membina komuniti ekosistem media yang dipercayai kerana platform sedemikian harus bersifat inklusif
11:31Presiden Indonesia Prabowo Subianto menegaskan beliau memegang kawalan penuh terhadap pentadbirannya dan menolak tanggapan kononnya
11:40Berada di bawah pengaruh bekas Presiden Joko Widodo atau Jokowi
11:44Katanya beliau menghormati semua bekas pemimpin negara termasuk Jokowi
11:49Namun keputusan akhir mengenai hala tujuh negara tidak akan membabitkan campur tangan pihak lain
11:55Kenyataan ini sebagai maklum balas susulan spekulasi yang berbangkit kononnya pengaruh Jokowi masih kekal kukuh dalam pentadbiran akan datang
12:04Ini susulan anak Jokowi Gibran Raka Buming Raka dipilih sebagai nak Presiden sehingga segelintir pihak bimbang
12:11Pentadbiran Prabowo akan dikawal oleh kepentingan Jokowi
12:14Bagaimanapun Prabowo menolak dawan itu kerana keputusannya mencalonkan Gibran adalah berdasarkan kebolehan dan visi bersama
12:21Bukan kerana tekanan politik
12:23Beliau menambah pentadbirannya juga terbuka kepada kerjasama semua pihak termasuk tokoh-tokoh politik daripada parti pembangkang
12:30Prabowo turut berjanji akan meneruskan program pembangunan era Jokowi yang memberi manfaat kepada rakyat namun tertakluk kepada keadaan semasa
12:41Sekian hasian 25 jam ini saya Farhan Hakimin salam hormat
12:51Terima kasih kerana menonton!

Recommended