Di sebalik ketegangan memuncak antara India dan Pakistan susulan pertempuran terburuk dalam lebih dua dekad, pasukan keselamatan kedua-dua negara tetap meneruskan upacara tradisional Beating Retreat di sempadan Wagah pada Rabu. Upacara simbolik itu berlangsung ketika Pakistan mendakwa menembak jatuh lima pesawat India dan angka korban mencecah 31 orang awam. India pula menyatakan serangan mereka menyasarkan sembilan infrastruktur militan susulan insiden berdarah di Kashmir. Ketegangan terbaru ini menghidupkan kembali kebimbangan terhadap risiko konflik berskala besar antara dua negara bersenjata nuklear.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pasukan pengawal sempadan Pakistan dan India tetap meneruskan bercara beating retreat di Wagah pada Rabu di sebalik ketegangan yang meningkat.
00:08Susulan konflik bersenjata melibatkan dua negara berjiran.
00:11Berpercara yang sinonim dengan pertunjukan patriotik dan simbol perpaduan itu berlaku sehari selepas Pakistan mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat milik India,
00:21insiden yang dianggap paling buruk dalam lebih 20 tahun.
00:24Konflik tercetus lepas India mendakwa menyerang sembilan sasaran berkaitan militan yang dikaitkan dengan insiden serangan ke atas pelancong di Kashmir yang mengorbankan 26 nyawa.
00:35Pakistan mendakwa serangan India menyebabkan bukan sahaja kematian awam tetapi juga mendatangkan kerosakan meluas akibat berdilan di kawasan sempadan.
00:43Jurucakap tentua Pakistan menifatkan tindakan India sebagai menyalakan api di rantau Asia Selatan.
00:49Ketegangan ini berlaku ketika Pakistan sedang bergelut memulihkan ekonomi bernilai 350 bilion dolar Amerika dan berusaha menstabilkan kedudukan fiskalnya
00:58melalui program pinjaman dana kewangan antarabangsa IMF sebanyak 7 bilion dolar Amerika yang dimeterai pada 2024.
01:07Pempat