Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata risiko geopolitik sekali lagi menjadi perhatian pelabur, dengan serangan ketenteraan terkini antara India dan Pakistan yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya ke atas ekonomi global.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat Khamis? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat Khamis? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, kita akan teruskan dengan perkembangan nilai mata uang ringgit di mana semalam telah ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu menjelang keputusan Bank Negara Malaysia BNM berkenaan kadar dasar semalaman OPR pada hari ini, kata penganalisis.
00:13Dan pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.2360 berbanding dolar AS daripada 4.2285 ketika ditutup pada selasa.
00:21Dan Ketua Ahli Ekonomi Bank Mawmalat Malaysia Berhad Dr. Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid berkata, jawatan kuasa dasar monotri MPC akan membincangkan OPR dan membuat keputusan mengenai perkara itu manakala kalangan ahli ekonomi memberikan pandangan berbeza mengenai kemungkinan hasil mesyuarat dan setengah ahli ekonomi menjagakan pengurangan 25 mata asas manakala yang lain berpandangan kadar faedah penanda aras akan kekal tidak berubah pada 3.0%.
00:46Dan prestasi nilai ringgit Malaysia berbanding mata wang dunia ketika ini dengan negara yang kalau kita lihat sedang hangat dengan perang tarif ketika ini adalah Amerika Syarikat nilai ringgit berbanding USD.
00:57Sekarang ini ia berada pada 4.2675 dan prestasi dalam tempoh terdekat kalau kita dapat saksikan nilai ringgit Malaysia mengalami naik turun.
01:06Apabila graf ini menurut, menyifatkan nilai ringgit Malaysia semakin kukuh namun apabila graf ini meningkat, cerminkan nilai ringgit Malaysia semakin lemah berbanding USD.
01:17Dan dalam tempoh lebih lama sikit, sebulan, kalau kita dapat saksikan nilai ringgit Malaysia sebenarnya dalam tempoh sebelum mengalami trend peningkatan atau pengukuhan berbanding USD dan ini adalah prestasi nilai ringgit Malaysia yang dapat kita saksikan setakat ini.
01:30Terima kasih kerana menonton!