Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Kerajaan Jepun mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik pada Khamis (8 Mei), menurut jurucakap kerajaan Yoshimasa Hayashi. Salah satu peluru berpandu tersebut dilaporkan terbang sejauh kira-kira 800 kilometer dengan ketinggian maksimum 100 kilometer sebelum jatuh ke Laut Jepun, di luar Zon Ekonomi Eksklusif negara itu. Jepun telah mengemukakan bantahan rasmi melalui saluran kedutaan di Beijing. Tindakan Korea Utara itu sekali lagi mencabuli resolusi Majlis Keselamatan PBB yang melarang program peluru berpandu balistik negara bersenjata nuklear itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selesnya, Jepun mengutuk keras pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara pada Khamis kerana berisiko mengikuti trajektori tidak normal sebelum jatuh ke Laut Jepun.
00:10Susulan insiden itu, Jepun mengfalkan bantahan rasmi melalui saluran diplomatik kedutaannya di Beijing.
00:16Jo cakap kerajaan Yoshimasa Hayashi maklumkan kesalahan satu peluru berpandu berkenaan terbang sejauh kira-kira 800km dengan altitude maksimum 100km dan mendarat di perairan timur semenanjung Korea namun di luar zon ekonomi eksklusif Jepun.
00:34Katanya tidakkan Pyongyang ini satu lagi cabaran kepada komuniti antarabangsa memandangkan program peluru berpandu balistik Korea Utara secara terang-terangan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB.
00:48Walaupun dilarang, Pyongyang terus giat membangunkan sistem senjata pelbagai jarak dalam beberapa tahun kebelakangan ini sekaligus meningkatkan kebimbangan keselamatan serantau dan global.
01:04Terima kasih kerana menonton!

Recommended